Rabu, 29 Ogos 2018

Pelaburan asing meningkat selepas PRU-14

Nizam Zain

Dr. Ong Kian Ming
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming. foto AFFAN FAUZI
 

KUALA LUMPUR – Perang perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China secara tidak langsung telah meningkatkan pelaburan asing ke Malaysia khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming berkata, walaupun AS menarik diri daripada perjanjian perdagangan itu, namun Malaysia masih mempunyai pasaran baharu di sebalik perang tersebut.

“Saya rasa minat untuk melabur di Malaysia semakin meningkat selepas PRU-14 dan akibat perang perdagangan itu minat di negara Amerika dan China untuk melabur di Malaysia telah meningkat.

“Kita masih ada tiga pasaran baharu iaitu Kanada, Mexico dan Peru. Kanada adalah kuasa ekonomi ke-10 dunia dan Mexico pula ke-15.

“Kedua-dua negara ini ada hubungan ekonomi sangat rapat dengan Amerika di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA),” katanya.

Katanya lagi, kedua-dua negara berkenaan boleh menjadi landasan kepada syarikat di negara ini dan pelabur luar negara untuk memasuki pasaran AS.

“Kedua-dua negara ini boleh menjadi launch pad kepada syarikat Malaysia dan pelabur asing untuk masuk ke dua-dua negara dan akses pasaran di AS,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: