Rabu, 15 Ogos 2018

MAT SABU SEDIA DISIASAT



Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kementeriannya.

Malah, beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu bersedia memberikan komitmen tinggi serta kerjasama penuh kepada badan bebas itu tanpa sebarang kompromi demi menegakkan integriti dalam kementerian berkenaan.

“Seperti kenyataan saya di Parlimen sebelum ini dalam siasatan terhadap Kementerian Pertahanan yang diketuai bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

“Saya juga mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sesiapa sahaja di Kementerian Pertahanan mahupun di pejabat saya,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Beliau menegaskan, SPRM boleh mendakwa mana-mana individu yang terlibat dalam sebarang kes mengikut saluran undang-undang sedia ada.

Semalam media melaporkan, seorang pembantu kanan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN)  itu disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima wang tunai berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak.

Menurut laporan tersebut, perkara itu berlaku bagi mengelak status muflis dalam menyelesaikan masalah hutang.


Tiada ulasan: