Ahad, 19 Ogos 2018

Kutipan GST: Guan Eng akan beri keterangan minggu depan

BNPPORTAL



Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, akan memberi keterangan kepada polis, berhubung dakwaan kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) minggu depan.

“Polis akan mengambil keterangan saya minggu depan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Guan Eng, ketika ini bayaran balik itu tidak dapat dilakukan kerana hanya ada RM148.6 juta dalam Tabung Bayaran Balik GST.

“Kerajaan Persekutuan sekarang menghadapi kekurangan RM19.25 bilion dalam akaun Tabung Bayaran Balik GST yang sepatutnya berjumlah RM19.4 bilion.

“Ini disahkan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam yang mengatakan bahawa Kastam Diraja Malaysia menuntut wang itu daripada mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tabung Bayaran Balik GST.

“Walaupun RM82.9 bilion perlu dipindahkan ke tabung itu sejak 2015, hanya RM63.5 bilion saja dipindahkan,” katanya.

Tambah beliau, mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tabung Bayaran Balik GST dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar, sejak 2015.

Tiada ulasan: