Isnin, 20 Ogos 2018

Fasha dikecam kerana seksi

Wartawan MalaysiaGazette
pxi-fa-681x851
Foto Instagram Fasha Sandha.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Fasha Sandha dikecam netizen apabila dia memuat naik video memakai pakaian yang kurang sopan dan seksi di Instagram miliknya.

Aktres jelita itu telah berkongsi video di belakang tabir ketika dia sedang menjalani sebuah sesi pengambaran untuk iklan produk kosmetik.

Ibu tunggal beranak dua itu yang hanya memakai baju jenis tube berwarna beige yang dipakai labuh sehingga menampakkan lurah payudara itu.
pix fas
Foto Instagram Fasha Sandha.
Lebih berani bagi menampilkan kelainan, Fasha turut memakai rambut palsu sepanjang sesi fotografi itu yang dikatakan tidak sesuai dengan imej beliau sebagai seorang wanita Melayu.

Apa pun, ia bukanlah kali pertama pelakon jelita itu dikecam orang ramai kerana pemakaiannya yang menjolok mata itu.

Meskipun sering dikecam, Fasha seolah kalis malah dia tetap memuat naik gambar beserta status bahawa orang ramai tetap akan bercakap tentang dirinya walau apa yang beliau lakukan. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: