Khamis, 30 Ogos 2018

EXCO KERAJAAN MELAKA MINTA RASUAH RM2.6 JUTA?



Belum sampai setahun usia kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka, seorang Exco kanan kerajaan negeri dikatakan terpalit dengan sakndal rasuah membabitkan RM2.6 juta.

Difahamkan Exco terbabit adalah salah seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Exco terbabit didakwa menyalahgunakan kuasa dengan meminta sejumlah bayaran daripada sebuah syarikat pembangunan berkaitan kerajaan negeri, minggu lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai turut menyerbu pejabat ahli Exco terbabit di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, namun belum ada pengesahan rasmi dibuat oleh ibu pejabat SPRM berhubung dakwaan itu.

Sementara itu, Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan itu.

Katanya, isu integriti adalah asas utama yang diberi perhatian oleh kerajaan negeri, malah perkara berkenaan sering diberikan penekanan oleh beliau setiap kali mengadakan pertemuan dengan penjawat awam di negeri ini.

“Bagi saya sisasatan SPRM itu bukan sesuatu yang pelik. Saya sendiri sudah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pegawai SPRM bagi menunjukkan ketelusan kerajaan PH dalam menangani isu salah guna kuasa atau rasuah.

“Bagi saya isu ini tidak memberikan kesan terhadap kerajaan negeri PH malah kita alu-alukan SPRM untuk menyiasat kerana itu adalah tugas mereka,” katanya selepas merasmikan Program Jom Bersama Rakyat: Pemimpin Mesra Rakyat Bersama Orang Asli Negeri Melaka di Hotel Avallion Legacy, di Melaka.


Tiada ulasan: