Rabu, 29 Ogos 2018

6 pegawai PDRM ditukar


LOGO-POLIS-1

Bernama
 
 
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya berkuat kuasa 1 Okt depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), SAC Datuk Asmawati Ahmad berkata, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi) Sabah ACP Abdul Razak Hassan bertukar ke jawatan Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Pahang.

“Tempat Abdul Razak diambil alih Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman ACP Yusuh Mat Tais.

“Selain itu, Supt Zaiton Hussain pula dilantik sebagai Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

“Pegawai Turus Risikan, Cawangan Risikan/Operasi, Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Supt Zamri Deris pula dilantik Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP,” katanya.

Selain itu, Asmawati berkata Ketua Polis Daerah Tenom, Sabah DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Sabah dengan memangku pangkat Supt. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: