Jumaat, 20 Julai 2018

Zawawi calon PKR untuk Sg Kandis




Guru agama, Zawawi Mughni dinamakan sebagai calon PKR untuk mewakili parti itu pada pilihan raya kecil kerudi dewan undangan negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Nama Zawawi diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada
majlis pelancaran jentera pilihan raya parti itu di Jalan Kebun, malam ini.

Zawawi turut menerima watikah sebagai calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya kecil terbabit.

Pilihan raya kecil terpaksa diadakan di Sungai Kandis ekoran penyandangnya Shuhaimi Shafie meninggal dunia pada 2 Julai lalu.

Zawawi ialah setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama serta anggoja Jawatankuasa Biro Pendidikan PKR pusat.

Di atas kertas kerusi DUN Sungai Kandis boleh dianggap selesa buat Pakatan Harapan.

Pada pilihan raya umum lalu Shuhaimi memenangi kerusi berkenaan dengan kelebihan sebanyak 12,480 undi. Beliau memperoleh 23,998 undi berbanding pencabar terdekat Kamaruzzaman Johari (BN).

Turut bertanding di situ ialah Mohd Yusof Abdullah (PAS) dan Hanafiah Husin (PSM).

DUN Sungai Kandis mempunyai 50,800 pengundi berdaftar dengan 72 peratus daripadanya ialah Melayu.

Jauh lebih baik dari BN

Berusia 48 tahun Zawawi juga menjadi pengetua Maahad Tafiz Al-Fateh yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam.

Semasa menyampaikan ucapannya Dr Wan Azizah berkata semua penyokong HARAPAN tidak boleh memandang mudah pilihan raya kecil berkenaan.

“Oleh itu, saya mohon semua supaya bekerja keras untuk PKR, untuk HARAPAN dan agar Selangor diperkukuhkan demi kebaikan masa depan kita bersama,” katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Sementara itu, Amirudin mengingatkan pengundi Sungai Kandis supaya tidak cuba untuk meletakkan wakil rakyat pembangkang di dalam DUN Selangor melalui pilihan raya kecil berkenaan.

“Kerajaan kini giat membaiki keadaan (negara) dan di bawah HARARAN diketuai PKR kita bukan hanya mampu mentadbir, tetapi kita adalah kerajaan yang jauh lebih baik daripada BN,” katanya.


Tiada ulasan: