Selasa, 17 Julai 2018

Ugutan bunuh Adun: Polis kerjasama SKMM kesan pemilik FB

Ugutan bunuh Adun: Polis kerjasama SKMM kesan pemilik FB
 
 
GEORGETOWN - Polis menjalankan siasatan rapi berhubung ugutan bunuh ke atas Adun Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid yang diterimanya minggu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A Thaiveegan berkata, polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mendapatkan maklumat berkenaan pemilik Facebook yang terlibat.

"Kita telah memohon kepada SKMM Wilayah Utara untuk mendapatlan butiran lanjut berkenaan pemilik Facebook dan sebagainya.

"Semua perkembangan siasatan akan dimaklumkan kepada mangsa," katanya dalam satu kenyataannya tadi.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Adun diugut bunuh ]

Sabtu lalu, Syerleena yang juga bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang membuat laporan di Balai Polis Jelutong di sini berhubung sebuah poster yang dimuatnaik di Facebook.

Syerleena berkata, beliau percaya, poster itu dibuat selepas laporan media mengenai ugutan bunuhnya melalui sekeping nota disiarkan beberapa hari lalu.

Sebelum penyebaran poster tersebut, Syerleena menerima ugutan bunuh melalui sekeping nota yang diselitkan diantara surat-surat lain dan dimasukkan ke dalam peti surat pusat khidmat beliau di Taman Island Glades.

Menurutnya, beliau menyedari nota yang bertulis 'Maut Menanti Kamu' itu ketika sedang mengambil surat lain di peti surat tersebut.

Tiada ulasan: