Sabtu, 21 Julai 2018

Sivarasa nafi cadang Mara buka kepada semua kaum


Sivarasa Rasiah
Sivarasa Rasiah
 
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah menafikan dakwaan sebuah blog bahawa beliau menyatakan hasratnya mahu membuka Mara untuk semua kaum dan menukar nama sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

Sebaliknya beliau berkata, dalam pertemuan Selasa lalu, apa yang dibincangkan adalah dasar sedia ada Mara yang memperuntukkan 10 peratus tempat di MSRM bagi penuntut bukan bumiputera.

"Mara ada beritahu sebahagian besar kuota ini masih tidak diisi.

"Jadi, cadangan buka Mara untuk semua tidak berbangkit. Cadangan menukar nama MRSM tidak pernah dibuat," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, blog tersebut mendakwa kenyataan itu dibuat susulan  tersebarkan paparan daripada whatsApp individu yang turut berada di dalam pertemuan bersama Sivarasa di Ibu Pejabat Mara.

Individu tersebut juga menyatakan yang Sivarasa mahu menukar nama MRSM kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

Tiada ulasan: