Sabtu, 14 Julai 2018

Saifuddin jawab Najib di Dewan Rakyat


Bernama
  FW736887_PG01_130718_LAWATAN-scr
BALIK PULAU -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail (kanan) menunjukkan bakat menggunting rambut salah seorang pelanggan ketika bertemu Pengusaha Kedai Gunting Rambut Shady Saiful Shamsudin (kiri), yang merupakan penerima Bantuan Peralatan Ekonomi Usahawan Daerah Barat Daya hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

GEORGE TOWN – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan memberi penjelasan berhubung isu harga barang yang dibangkitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, minggu depan.

Katanya, beliau akan memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan Najib iaitu penurunan harga barang masih tidak banyak berubah selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikenakan pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun lepas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang terkejut apabila kerajaan memaklumkan penurunan harga barang masih tidak banyak berubah selepas GST diletakkan pada kadar sifar bermula 1 Jun lepas.

“Saya nak beritahu beliau (Najib) faktor yang sumbang kepada penurunan harga barang ada lima hingga enam perkara jadi saya minta beliau yang merupakan Anggota Parlimen Pekan untuk hadir di Parlimen minggu depan untuk sesi perbahasan.

“Sekiranya beliau hadir, saya dan jemaah menteri boleh beri jawapan munasabah kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke atas usahawan yang menerima bantuan peralatan ekonomi daripada kementerian itu di daerah Barat Daya, di Balik Pulau di sini, hari ini.- BERNAMA


Tiada ulasan: