Sabtu, 28 Julai 2018

PRK BALAKONG: MCA KEMPEN CARA SEDERHANA




MCA akan menggunakan pendekatan sederhana tanpa perlu mengeluarkan ‘modal besar’ bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakong.

MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan bakal berdepan cabaran DAP.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat tertinggi BN pada Rabu.

“MCA akan meletakkan calon bertanding di kerusi berkenaan, keputusan mengenainya sudah dibuat.
“Kita akan masuk secara ‘low profile’, tidak mahu membazir duit.

“Kita sudah ada pendekatan tersendiri untuk mendekati pengundi,” katanya kepada Watan Online di Parlimen pada Khamis.

Kerusi DUN Balakong kosong ekoran kematian penyandangnya Ng Tien Chee dalam kemalangan kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu.

Ng, 40 tahun, yang memandu kenderaan jenis Nissan X-Trail dari arah Kuala Lumpur ke Kajang maut selepas melanggar belakang sebuah lori di km11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Wakil rakyat DAP itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pada pilihan raya umum 9 Mei lepas, Ng mengekalkan kerusi Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dengan majoriti 35,538 undi.


Tiada ulasan: