Ahad, 22 Julai 2018

PPBM kini guna nama Bersatu

tyrazalhe

Tindakan tatatertib diambil terhadap ahli sabotaj parti: Dr Mahathir


KUALA LUMPUR – Nama dan slogan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak lagi menggunakan akronim PPBM, sebaliknya dikenali sebagai Bersatu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Bersatu itu berkata, perubahan dibuat selepas persetujuan semua pimpinan parti memandangkan kini kerajaan Pakatan Harapan berkuasa dalam pemerintahan negara.

“Kita telah bersetuju dan diterima bahawa PPBM akan menggunakan Bersatu sebagai nama dan slogan parti. Dulu tak boleh kerana ada bantahan daripada pihak berkuasa.

“Sekarang ini kuasa itu dapat kepada kita, dan kita boleh membuat perubahan sedikit,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Kepemimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor, hari ini.
 
Dalam masa sama, Dr Mahathir berkata, Bersatu mengambil tindakan tatatertib terhadap ahlinya yang dipercayai mensabotaj parti itu serta membantu parti lain pada pilihan raya umum lalu.Jelas beliau, tindakan termasuk gantung dan buang daripada parti itu turut membabitkan pihak yang membuat sidang akhbar dengan memburuk-burukkan keadaan dalam Bersatu.

“Tidak perlulah saya menyebut nama, tetapi ia termasuk mereka yang membuat sidang akhbar memburuk-burukkan keadaan dalam parti.

“Apa yang boleh saya kata, ada yang digantung dan dibuang terus daripada parti. Namun jumlah dan siapa tak perlulah diumumkan,” katanya.


Tiada ulasan: