Sabtu, 21 Julai 2018

Penyokong BN, PH buat bising

Manzaidi Mohd Amin

Penyokong BN menyanyi lagu 'Inilah Barisan Kita' dan 'Hidup BN' ketika mengiringi calon parti itu, Datuk Lokman Noor Adam ke pusat penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis di Shah Alam.
Penyokong BN menyanyi lagu 'Inilah Barisan Kita' dan 'Hidup BN' ketika mengiringi calon parti itu, Datuk Lokman Noor Adam ke pusat penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis di Shah Alam.

SHAH ALAM – Kedua-dua penyokong, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berada dalam posisi berhampiran antara satu sama lain di depan pintu masuk ke pekarangan Pusat Penamaan Calon di Dewan Besar Tanjung MBSA sambil menjerit dan melaungkan slogan masing-masing.

Keadaan bising itu memaksa anggota polis mengawal ketat kedua-kedua penyokong kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Penyokong PH melaungkan ‘Reformasi’, manakala penyokong BN menyanyi lagu ‘Inilah Barisan Kita’ dan ‘Hidup BN’.

Helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlegar di udara bagi memantau keadaan. Cuaca ketika ini mendong.

Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis yang juga Datuk Bandar Bandaraya Shah Alam, Datuk Ahmad Shahrin Mohd Saad telah memaklumkan kedua calon boleh mula menghantar borang pencalonan masing-masing pada jam 9 pagi.

Pertandingan dua penjuru ini menyaksikan calon PKR (PH), Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Datuk Lokman Noor Adam (BN). – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: