Isnin, 16 Julai 2018

Pengiktirafan UEC masih dikaji – Maszlee

Shawaliah Hadir
Menteri bertanggungjawab Dr Maszlee Malik berkata cadangan itu perlu diteliti sedalamnya termasuk melihat daripada sudut keselamatan serta prasarana teknologi yang ada.
Dr Maszlee Malik


KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sekali lagi menegaskan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) masih dalam peringkat kajian. 

Menerusi kenyataan media hari ini, beliau memberi jaminan akan mengambil kira secara holistik terutama kepentingan bahasa Melayu. 

“Berkenaan isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) saya ingin menekankan seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini, Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubunh pengiktirafan UEC.

“Sekali lagi saya ingin menekankan, apa sahaja keputusan yang kita ambil berkenaan pengiktirafan UEC ini ia akan bersifat komprehensif dan holistik tanpa menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya. 

Dalam fasa ini tambahnya, pandangan pelbagai pihak tidak akan diketepikan.

“Justeru pandangan daripada pelbagai pihak adaah amat penting dan interaksi kementerian bersama pihak-pihak yang berkenaan tetap menjadi keutamaan saya,” ujarnya. 

Untuk rekod, pengiktirafan UEC adalah salah satu manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Menteri Pendidikan itu baharu-baharu ini berkata kerajaan Pakatan Harapan  tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dalam janji parti itu sebelum ini. 

Namun pihak yang mempertikaikannya seperti  Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) berkata ianya tidak wajar kerana didakwa menggangu sistem pendidikan negara.-MalaysiaGazette


Tiada ulasan: