Jumaat, 20 Julai 2018

Pemimpin Umno nafi hina pemimpin DAP mati kemalangan

 
Razlan Rafii berkata dia menyebut 'RIP' selepas mengatakan Eddie Ng suka memfitnah Umno.




KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Umno yang dikritik kerana komennya tentang kematian Adun Balakong, Eddie Ng yang meninggal dunia kerana kemalangan awal pagi tadi nafi nafi dia berniat menghina pemimpin DAP itu.

Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata dia ada menyebut “Rest In Peace” (bersemadi dengan tenang) dalam catatan Twitter itu.

“Saya doa dia bersemadi dengan tenang, selain DAP kehilangan pemimpin yang suka fitnah Umno,” katanya.

Terdahulu, Razlan mengejutkan warga Twitter apabila berkata seorang “kaki fitnah” sudah meninggal dunia dan kurang lagi orang seperti itu di Malaysia.
Kata-kata Razlan itu turut mengundang kecaman daripada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

“Tweet sebegini hanyalah mencerminkan keadaban beliau yang langsung tidak menghormati keluarga mendiang Eddie,” kata Xavier.

Razlan menyambut reaksi Xavier itu dengan berkata apakah reaksinya ketika bekas wakil rakyat DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, “hina” pemimpin PAS, Datuk Haron Din.

Razlan sudah memadamkan komennya mengenai kematian Eddie bagi mengelakkan salah faham.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan bersimpati dengan pemergiannya,” kata Razlan.

Tiada ulasan: