Ahad, 15 Julai 2018

Pelantikan Apandi boleh timbulkan polemik


Mohamed Apandi Ali
Mohamed Apandi Ali
 
 
SHAH ALAM - Pelantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno boleh mengundang kritikan selain keputusan yang dibuat ketika menjadi Peguam Negara akan dipertikai banyak pihak.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, masyarakat akan melihat adanya  ‘conflict of interest’ dan dalam masa sama mengesahkan hubungannya dengan Umno ketika menjawat jawatan Peguam Negara.

Menurutnya, ia sekali gus akan memperlihatkan ketidaktelusan kerajaan terdahulu.

“Sudah pasti ia akan mendapat kecaman dari banyak pihak apatah lagi sebelum ini timbul dakwaan beliau Bendahari Umno di Kelantan, tetapi beliau menafikannya.

“Apa yang lebih besar adalah keputusannya sebelum ini, terutama membabitkan kenyataannya yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersalah dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pasti dikaitkan dengan pengaruh Umno,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan senarai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan nama Mohamed Apandi turut tersenarai.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid umum lantikan jawatan Umno, Apandi jadi MT]
[ARTIKEL BERKAITAN: Apandi tolak pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Umno]

Kata Ahmad Murthada lagi, pelantikan itu juga dilihat sebagai kesilapan besar oleh Umno disaat parti itu sedang dalam usaha menarik sokongan rakyat.

“Bagi saya ia (pelantikan) tidak patut dan mencalarkan imej Umno yang sedang berusaha mendapatkan sokongan rakyat.

“Umno sepatutnya mengelakkan daripada buat tindakan yang boleh menimbulkan persepsi negatif kepada parti Melayu itu,” katanya.

Tiada ulasan: