Isnin, 23 Julai 2018

Pas sangkal kerjasama dengan Umno

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Pas menangkis tanggapan PH yang mendakwa parti Islam itu dan Umno sebagai adik-beradik kerana tidak merebut kerusi Dun Sungai Kandis.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul isu kerjasama antara Pas dan Umno di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, apabila Pas memutuskan untuk tidak bertanding di Dun tersebut.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berpendapat, tindakan Pas untuk tidak menyertai PRK itu sebagai pendirian hak dan parti tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

“Pas dah kaji situasi demografi di Sungai Kandis dan keputusan kita untuk tidak menyertai PRK Sungai Kandis tidak dipengaruhi oleh mana-mana. Pas bebas untuk turun atau tak di mana-mana PRK.

“Tidak timbul langsung soal kerjasama dan kita (Pas) juga telah keluarkan kenyataan bahawa jentera Pas tidak turun membantu (BN) dalam pilihan raya kecil itu, kita cuma buat aktiviti biasa parti bukan dalam konteks pilihan raya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:Pas, Umno macam adik beradik: Tun M]

Tiada ulasan: