Ahad, 22 Julai 2018

Najib dirai keluarga, kawan sempena ulangtahun ke-65

 
Najib terharu dengan kehadiran 100 ahli keluarga dan tetamu di majlis malam tadi.


Kek berbentuk beg golf dengan figura mirip Najib.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyambut hari jadinya yang ke-65, 2 hari lebih awal dari tarikh yang sebenar, bersama keluarga dan kawan-kawan.

Sambutan yang dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga dan tetamu diadakan di kediamannya di Langgak Duta.

Najib dalam ucapannya terharu dengan kesudian mereka datang dan meraikan ulangtahun kelahirannya.

Terdahulu, para tetamu mengadakan acara doa selamat di surau di kediamannya.

“Saya menghargainya. Untuk meraikan majlis istimewa ini dengan menggunakan perbelanjaan anda sendiri untuk menghadirinya dan turut menyumbang kepada majlis ini.

“Kehadiran anda di majlis ini bukan kerana saya dalam kerajaan tetapi kerana anda percaya kepada saya,” katanya kepada tetamu.

Najib berucap kepada tetamu di majlis hari jadinya.

Turut berada di majlis ini ialah ibunya, Tun Rahah Mohammad Noah.

Perdana menteri ke-6 ini tumbang dari kekuasaan selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan terburuk sejak pembentukan Malaysia.

Sejak itu dia disiasat dalam kes berkaitan 1MDB, akaun banknya dibeku dan barangan yang dikaitkan dengannya dirampas.

Di majlis malam tadi terhidang 5 kek dan salah satu menyerupai sebuah beg golf dengan dihiasi figura miripnya.

Majlis itu juga turut memperingati kematian 283 penumpang dan 15 anak kapal yang terbunuh dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai 2014.

“Saya juga telah memainkan peranan sebagai perdana menteri.

“Saya harap babak akhir nanti akan diambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menembak jatuh pesawat itu,” katanya.

Najib sempat berpesan kepada kerajaan Pakatan Harapan untum memenuhi janji mereka pada rakyat.

“Saya tak sanggup berdepan dengan Allah kalau saya gagal memungkiri janji,” katanya.

Tiada ulasan: