Isnin, 30 Julai 2018

K'jaan arah polis siasat kehilangan paderi Koh, Amri, Hilmy

   
Kerajaan telah mengarahkan polis menyiasat kes kehilangan paderi Raymond Koh, Amri Che Mat, Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu, kata Menteri Undang-undang Liew Vui Keong hari ini.

"Arahan telah diberikan kepada pihak berkuasa polis untuk meneliti perkara ini.

"Saya sendiri tidak dapat menerima kehilangan rakyat kita sendiri, dan bagaimana mereka tidak dapat dikesan. Siasatan mesti dilakukan dan kita mesti tahu apa yang berlaku kepada mereka, (sama ada mereka) mati atau hidup.

"Saya fikir kita mempunyai tanggungjawab kepada semua orang, ahli keluarga, untuk memberitahu mereka apa yang berlaku kepada mereka," kata Liew ketika ditanya semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sekiranya polis telah membuka kertas siasatan baru dalam kes-kes itu, beliau berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa itu untuk menyiasat.

"Tetapi jika mereka tidak (membuka kertas siasatan baru), saya ingin tahu apa yang berlaku," katanya.

Koh diculik pada 13 Feb tahun lepas manakala Amri dan Hilmy serta isterinya Ruth hilang pada November 2016.

Pelbagai pihak mempersoalkan jika kes kehilangan ini merupakan "kehilangan paksa" dan sama ada kerajaan turut terlibat.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: