Ahad, 29 Julai 2018

Kerajaan bawa pulang jenazah mangsa gempa bumi Lombok – TPM

SELANGORKINI

 


KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia sedia membawa pulang jenazah mangsa rakyat Malaysia yang terkorban akibat bencana gempa bumi di Lombok, Indonesia hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan akan segera mengenal pasti mangsa.

“Saya ingin rakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa-mangsa kejadian ini. Saya doakan mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.

Kerajaan Malaysia akan berusaha untuk segera mengenalpasti wanita tersebut, dan akan membawa mayat tersebut pulang ke tanah air,” kata Dr. Wan Azizah melalui Twitter.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan seorang rakyat Malaysia terkorban akibat gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter ketika mendaki Gunung Rinjani awal pagi ini.

Tiada ulasan: