Jumaat, 20 Julai 2018

Johari umum tanding Naib Presiden PKR


Johari Abdul
Johari Abdul
 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mengesahkan akan merebut jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu hujung Ogos nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menjelaskan tujuannya bertanding dengan hasrat menggerakkan reformasi.

"Kalau ditanya saya akan bertanding, ya saya akan bertanding kerana pada penggal lalu, saya Pengerusi Jawatankuasa Pusat (JPP) kerana ingin pastikan perjalanana parti berjalan elok, Alhamdulillah. Sekarang pilihan raya umum pun dah habis dan kini saya nak bertanding bagi menggerakkan reformasi.

"Jadi saya rasa Insya-ALLAH kalau saya terpilih sebagai Naib Presiden PKR dengan yang lain, kita akan teruskan gerakan reformasi ini hingga Malaysia capai satu tahap yang boleh dibanggakan," katanya ketika ditemui media di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, sebagai calon ranking ketiga parti, beliau pastinya mahukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Presiden.

"Sudah tentu Anwar, beliau akan bertanding jawatan nombor satu dan saya sokong 100 peratus.

"Saya, Anwar dan beberapa teman lain nmenggerakan reformasi sejak 1998,malah saya dan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menubuhkan PKR pada tahun sama. Maknanya saya boleh kenal dan rasai individu paling layak mengemudi PKR ialah Anwar,"tegasnya.

Johari dalam perkembangan lain mengumumkan akan mengetuai Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Pakatan Harapan di Parlimen bermula minggu depan

Tiada ulasan: