Selasa, 17 Julai 2018

Ellie Suriaty kesal himpunan dibatalkan


Ellie Suriaty kesal himpunan dibatalkan
Ellie Suriaty Omar melahirkan rasa kesal berhubung pembatalan Himpunan taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
 
 
SHAH ALAM - Pelakon Ellie Suriaty Omar melahirkan rasa kesal berhubung pembatalan Himpunan taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, himpunan yang sepatutnya diteruskan dari tempat berkumpul di pekarangan parking Bukit Aman ke Parlimen dibatalkan disebabkan arahan pihak tertentu.

Katanya, himpunan itu hanya berniat untuk menyatakan sokongan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, bukan berniat lain, oleh itu ia tidak sepatutnya ia tidak diberi laluan.

"Kita bukan satu golongan yang rasis, orang Melayu ini penuh dengan tatasusila, tapi ini melampau ," katanya kepada pemberita dengan penuh bersemangat.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Batal hasrat ke Parlimen ]

Sebentar tadi, perarakan himpunan  taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dijadualkan akan bergerak ke Parlimen dibatalkan oleh penganjur.

Menurut penganjur dan juga merupakan Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam beliau akur dengan arahan polis agar perarakan himpunan tidak diteruskan.

Mengulas lanjut, Ellie berkata beliau akan terus berjuang mengenai nasib bangsa Melayu dan akan meneruskan mempertahankan institusi beraja di Malaysia.

"Saya akan mati, bercerai nyawa dari badan dari tulang sebati dengan tanah tapi bangsa Melayu, raja-raja Melayu jangan cuba kamu jatuhkan dan jadikan negara ini negara Republik," katanya.

Tiada ulasan: