Sabtu, 21 Julai 2018

Dapatkah Royalti Kita?



Apabila PM Tun M menyatakan persetujuan untuk mengembalikan semula royalty Terengganu dan Kelantan timbul keraguan dikalangan kita. Terpacak di pemikiran kita,boleh percayakan kata-katan Tun M ?

Pertama, ketika tahun 2000 royalti di rampas,PM ketika itu Tun M.Cumanya angka berubah dulu ke 4 kini ke 7. Orang tetap sama.

Kedua,,Royalti minyak diantara Petronas dan kerajaan Terengganu ada hitam putih iaitu ada perjanjian. Tetapi ketika dirompak,surat perjanjian itu dikoyak rabokkan oleh Tun M. Kini janji royalty sekadar manifesto sahaja. Ingat,bagi TunM manifesto bukan Kitab Suci yang wajib di patuhi.

Jika surat perjanjian boleh di koyak oleh TunM apatah lagi janji mulut ketika berjumpa MB dan dalam parlimen.

Ketiga,antara hujah TunM ketika merompak royalty Terengganu tahun 2000,bemiau menyatakan ianya dirompak kerana bimbang  PAS gunakan untuk politik kepartian. Hujah ini boleh lagi digunakan.Masih laku.

Keeempat,ketika royalty dirompak parti pembangkan Terengganu ketika itu adalah UMNO. Kini Tun M bukan lagi ahli UMNO. Tun M adalah ketua PH.Tiada kerusi PH langsung di Terengganu dan Kelantan.Adakah TunM dengan senang hati bagi royalty kepada Kerajaan Terengganu dan Kelantan.?

Jika TunM bagi royalty kepada Kerajaan Negeri bermakna PH tiada harapan lagi untuk menarik hati rakyat  dan tiada harapan PH menapak di kedua negeri ini.Ini kerana rakyat melihat kebaikan yang dilakukan oleh Kerajaan PAS.

PH juga seperti BN. Gunakan wang untuk hidup.TunM bakal gunakan taktik dulu semasa UMNO berkuasa di Pusat. Wang Royalti tidak akan diserah kepada Kerajaan Negeri bahkan bakal di wujudkan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP) untuk duit royalty. Raja Bahrin selaku Timbalan Menteri dan Ketua Amanah Terengganu bakal diberi tugas untuk agihan royalty untuk orang politik buat projek bagi menghasilkan pengaruh PH yang kuat di Terengganu dan Kelantan.

Tiada ulasan: