Jumaat, 20 Julai 2018

Anggota polis maut dilanggar van di hadapan sekolah

Bernama/ ASTRO AWANI
Anggota polis maut dilanggar van di hadapan sekolah
Mangsa disahkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. - Gambar hiasan
 
PUTRAJAYA: Seorang anggota polis yang bertugas di Putrajaya maut dalam kemalangan melibatkan van di hadapan Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra di Sepang, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 6.15 petang itu, mangsa Zahir Md Johar, 32 tahun, yang bertugas di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, disahkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.
 
"Mangsa dilanggar sebuah van di hadapan sekolah," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi. -- BERNAMA
 
 

Tiada ulasan: