Selasa, 10 Julai 2018

1MDB: SPRM boleh rujuk buku Ibuyati

Wartawan MalaysiaGazette
Buku Analisis Kewartawanan Saman DOJ.
Buku Analisis Kewartawanan Saman DOJ.


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicadangkan mengambil maklumat daripada buku Analisis Kewartawanan Saman DOJ : 1MDB Fakta Atau Fitnah.

Penulisnya, Ibuyati atau nama sebenar Wan Noorhayati Wan Alias berkata, ia susulan usaha pihak berkuasa itu mahu mengumpul bukti di luar negara mengenai isu RM2.6 bilion yang dikatakan dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ibuyati telah mencadangkan senarai sebanyak 21 bukti yang boleh ‘dikutip’ oleh SPRM dalam buku kajiannya dan mendakwa sumbernya disahkan oleh FBI.
WhatsApp Image 2018-07-09 at 07.37.55
Sebahagian gambarajah berkaitan wang 1MDB dalam buku Analisis Kewartawanan Saman DOJ.
“Senarai ini adalah transaksi yang membawa yang membawa kepada sejumlah US681 juta atau RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank Malaysia.

“Semua transaksi ini berlaku dalam tahun 2013. Ia boleh dirujuk kepada kepada gambarajah bagi memudahkan pembaca ‘nampak’ aliran wang ini,” katanya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini.
WhatsApp Image 2018-07-06 at 23.32.59 (1)
Ibuyati bersama sebahagian fakta 1MDB dalam 
buku Analisis Kewartawanan Saman DOJ.
Berpandukan buku yang sama, katanya, sebanyak US$2.721 bilion wang 1MDB dari penjualan bon 1GIL (1MDB Global Investment Limited, ditubuhkan di BVI pada 8 Mac 2013) bernilai US$3 bilion telah dimasukkan ke Bank of New York Mellon pada 19 Mac tahun yang sama, iaitu pada tarikh tutup penjualan bon tersebut.

Kemudiannya pada hari yang sama ia dipindahkan ke BSI Lugano dalam dua transaksi US$2,494,250,000 dan US$226,750,000.

Sebanyak US$646,464,649 wang 1MDB yang diselewengkan dipindahkan dari BSI Lugano ke Devonshire Capital Growth Fund, BVI pada 21 Mac 2013.

Sebanyak US$414,756,416 wang 1MDB yang ‘diselewengkan’ dipindahkan dari BSI Lugano ke Enterprise, Curacao pada 21 hingga 27 Mac 2013, katanya.

Sebanyak US$531,090,534 duit 1MDB yang diselewengkan dipindahkan dari BSI Lugano ke Cistenique, Curacao pada 21 hingga 22 Mac 2013 dan sebanyak US$210 juta wang 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Devonshire telah dimasukkan ke Tanore menerusi BSI-Singapore pada 21 Mac 2013.

Sebanyak US$250 juta duit 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Cristenique telah dimasukkan ke Tanore menerusi ING Bank Netherlands pada 22.3.2013.

7.Sebanyak US$375 juta duit 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Enterprise telah dimasukkan ke Tanore menerusi ING Bank Netherlands pada 22 Mac 2013.

Sebanyak US$430 juta duit 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Devonshire telah dimasukkan ke Granton pada 21.3.2013 (transaksi kredit Granton yang pertama) dan kemudiannya pada hari yang sama dimasukkan ke Tanore

dan sebanyak US$378 juta wang 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Tanore telah dipindahkan (dikembalikan semula) kepada Granton pada 25 Mac 2013.

Selain itu, sebanyak US$620 juta wang 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Tanore telah dipindahkan menerusi J.P Morgan and Well Fargos US (arahan ditandatangani TAN) ke akaun Najib, AMPRIVATE BANKING-MR di AmBank pada 21 Mac 2013.

Kemudian, sebanyak US$61 juta wang 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Tanore telah dipindahkan menerusi J.P Morgan and Well Fargos US (arahan ditandatangani TAN) ke akaun Najib, AMPRIVATE BANKING-MR di AmBank pada 25 Mac 2013.

Sebanyak US$620,010,715 wang 1MDB yang telah telah diselewengkan dan dimasukkan ke akaun Najib telah dipindahkan (dikembalikan) ke Tanore dari akaunnya AMPRIVATE BANKING-MY di AmBank pada 26 Ogos 2013.

Sebanyak US$27,300,000 wang 1MDB yang telah telah diselewengkan dan dimasukkan ke Tanore telah digunakan untuk membayar 22 karat pink diamond dan  rantai leher pada 10 September 2013.

Sebanyak US$456,027 duit 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Good Star telah dimasukkan ke ADKMIC pada 4 September 2013 dan sebanyak US$378 juta lagi wang 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Granton telah dipindahkan ke Dragon Market pada 25 Mac 2013.

Sebanyak US$93.3 juta wang 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Granton telah dipindahkan ke Dragon Market pada 5 November 2013 dan sebanyak US$47.2 juta lagi telah diselewengkan dan dimasukkan ke Granton telah dipindahkan ke Dragon Market pada 6 November 2013.

Kemudian, sebanyak US$98 juta lagi wang 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Dragon Market dipindahkan ke Dragon Dynasty pada 25 April 2013 dan sebanyak US$120 juta lagi yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Dragon Market dipindahkan ke Dragon Dynasty pada 5 Julai 2013.

Sebanyak US$9.8 juta wang 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Dragon Market dipindahkan ke Dragon Dynasty pada 10 September 2013 dan sebanyak US$248.5 juta duit 1MDB yang telah diselewengkan dan dimasukkan ke Dragon Market dipindahkan ke Dragon Dynasty pada 8 November 2013.

Keterangan lanjut mengenai senarai di atas boleh dirujuk kepada bukunya Analisis Kewartawan Saman DOJ yang ditulisnya.

Ibuyati nama sebenarnya Wan Noor Hayai Wan Alias pernah dianugerahkan okoh Wartawan Rakyat oleh Pemangku Sultan Pahang dan anugerah Kajai.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: