Selasa, 31 Julai 2018

Buktikan komunis pejuang kemerdekaan Tanah Melayu

ISMA WEB


Perjuangan PKM kerana hendak balas dendam kepada Jepun


BANGI – “Atas dasar apa komunis mahu diiktiraf sebagai pejuang dan perjuangan mereka hendak dimasukkan ke dalam buku teks? Buktikan bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan.”

Demikian persoalan yang dibangkitkan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, yang turut kesal kerana segelintir pemimpin sekarang ini terikut-ikut rentak pemikiran ultra kiasu komunis.

Dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net, beliau turut sedih kerana pemimpin Melayu tidak dapat membezakan antara pemimpin Melayu berhaluan kiri dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai Chin Peng ketika itu.

Beliau berkata, permusuhan China dan Jepun bermula sejak 1894 ketika Dinasti Qing dan, apabila negara Matahari Terbit itu menduduki Tanah Melayu, mereka membalas dendam terhadap orang Cina. 

“Orang Cina tidak ada pilihan lain, terpaksa melarikan diri ke dalam hutan untuk menentang keganasan Jepun. Tidak timbul soal perjuangan kemerdekaan kerana permusuhan itu lebih besar antara kedua bangsa ini daripada perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.

“Bukti jelas dapat dilihat apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua pada 1945, PKM keluar dari hutan dan mahu menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dan membalas dendam kepada orang Melayu kerana berbaik dengan Jepun. Nasib baik British kembali semula selepas 14 hari Perang Dunia II tamat.

“Jika tidak negara ini sudah dikuasai PKM. Selepas berjaya menumpaskan PKM, walaupun tidak sepenuhnya, darurat terpaksa diisytiharkan 1948. Sekali lagi PKM terpaksa kembali ke hutan dan melancarkan perang gerila. Keadaan ini berlanjutan sehingga tahun 1989. 

“Ya, tidak nafikan British menggunakan orang Melayu untuk bekerja sebagai polis bagi menjejaki komunis. Dalam maksud, komunis menentang polis Melayu kerana bekerja untuk British,” katanya.

BERIKUT ADALAH KENYATAAN PENUH DR RIDHUAN TEE ABDULLAH

 
APA sudah jadi dengan segelintir pemimpin hari ini yang turut terikut-ikut dengan rentak pemikiran ultra kiasu komunis yang mahukan komunis diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dan mahukan perjuangan mereka dimasukkan dalam buku teks sekolah.

Atas dasar apa komunis mahu diiktiraf sebagai pejuang? Buktikan bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan.

Teramat sedih apabila pemimpin Melayu tidak dapat bezakan … Continue reading Apakah pemimpin sekarang sudah tidak ada kerja hingga mahu mengiktiraf komunis?



‘Apakah hak mereka ke atas kehidupan saya’: Siti Kasim

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

Perlembagaan Malaysia tak sebut Islam Sunnah Wal Jamaah



PETALING JAYA – Peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, mempertikaikan hak pihak berkuasa jabatan agama Islam dalam menentukan hidup seseorang muslim di Malaysia.

“Kenapa puak-puak ini semua dan majlis agama ingat dia berhak ke atas kehidupan saya, dia berhak untuk memberitahu saya apa untuk dipakai, dia berhak untuk memberitahu saya apa untuk makan, dia berhak untuk memberitahu bagaimana untuk hidup. Siapa dia?”

“Selagi kita tidak bersuara, menentang orang yang mahu menguasai hidup kita di Malaysia ini. Kita ada hak di bawah undang-undang untuk hidup secara aman.

“Bukan ditentukan bukan ditekan oleh kepercayaan sesiapa pun. Saya rasa dalam keadaan sekarang ini, saya sebagai Melayu dan muslim, hak saya memang tiada,” katanya pada program Toleransi Agama dan Malaysia Baharu di Gerakbudaya, di sini, malam tadi.

Program anjuran Projek Dialog itu turut menampilkan Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya; aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ) yang juga peguam, Aidil Khalis; Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang juga seorang peguam, Syahredzan Johan; dan wakil Ahmadiyyah, Abdul Azizam Matjini.

Siti Kasim turut membidas pihak yang cuba memaksa umat Islam menerima Islam yang mereka fahami.

“Sekarang ini kenapa mereka tiba-tiba melakukan demo berkenaan Islam dan Melayu didiskriminasikan. Kenapa?

“Sebab mereka takut dengan kerajaan baru ini. Kerajaan baru akan mengikut the rule of law. ‘And the rule of law recognize the rights of the people’. Ini adalah fakta,” dakwanya.

Beliau berkata, selagi kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap orang yang cuba dan mahu untuk menguasai kehidupan kita, selagi itu beliau rasa tiada toleransi.

Siti Kasim yang juga seorang aktivis liberal itu berkata, beliau mempunyai pandangan sendiri terhadap Islam yang berbeza dengan apa yang diketengahkan Isma dan CLJ.

“Adakah patut saya berdiam diri? Sebagai contohnya, RUU355 disokong habis-habisan oleh kaum-kaum ini. Tetapi mereka tidak menerangkan apa sebenarnya RUU355 ini. Daripada hukuman syariah, kononnya nak memperkasakan Mahkamah Syariah. Memperkasakan? Adakah ini sebenarnya hendak menekan orang Islam atau pun untuk memperkasakan?.

“Kebanyakan orang Melayu tidak tahu apakah impak sebenarnya hukuman RUU355 ini. Dan jangan sebut mengenai kes-kes sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Kes-kes sebelum PRU14 apabila berkenaan agama memang tidak akan berpihak kepada undang-undang.

“Apa-apa keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum PRU14, kami percaya ia sentiasa dipengaruhi mereka yang berkuasa pada ketika itu. Jadi apa-apa keputusan mahkamah sebelum PRU14 adalah tidak mengikut undang-undang,” katanya.

Katanya, dalam Perlembagaan tidak menyebut Islam Sunnah Wal Jamaah, dan kepercayaan terhadap Islam adalah mengikut kehendak serta versi masing-masing, termasuk Ahmadiyyah dan Syiah.

“Setahu kami, undang-undang memang memihak kepada semua rakyat dan apabila kata kebebasan agama, mengenai Islam sebagai contoh, di dalam Perlembagaan kita, tidak ada kata, Islam Sunni, tidak ada kata Islam Sunnah Wal Jamaah, semua jenis Islam adalah diterima oleh Perlembagaan kita,” katanya.

Melaka catat peningkatan wabak HFMD

ainulillia

MELAKA TENGAH – Penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Melaka mencatat peningkatan sebanyak 66 peratus dengan penambahan sebanyak empat kes melibatkan taska dan pra sekolah di negeri ini.

Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Noor Effendi Ahmad berkata, peningkatan kes itu direkodkan setakat 28 Julai lalu.

Selain itu, keseluruhan kes turut merekodkan peningkatan sebanyak 658 kes dengan 76 peratus hingga 30 Julai 2018 berbanding dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berkata, wabak berkenaan masih terkawal melibatkan sekolah, pra sekolah dan taska malah tiada sekolah dilaporkan ditutup selain kes melibatkan rumah persendirian mencatatkan penurunan hingga 64 peratus.

“Penurunan kes itu membabitkan sembilan kes rumah persendirian sebelum ini dan belum ada sekolah kebangsaan di negeri ini yang tutup disebabkan penyakit HFMD,” katanya.

Daerah Melaka Tengah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 119 kes diikuti Alor Gajah (98) dan Jasin (25) bagi minggu ke-30.


Eksekutif tertinggi 1MBD, peguam Goldman disiasat Switzerland

Wartawan MalaysiaGazette
 Siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah 50 peratus selesai, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.




GENEVA – Bekas eksekutif tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan seorang peguam kanan di Goldman Sachs Group Inc antara enam orang yang disasarkan oleh Switzerland dalam siasatan kes jenayah membabitkan skandal wang berbilion dolar.

Eksekutif itu disyaki memberi kuasa pemindahan secara haram melibat sejumlah AS$700 juta, menurut sumber yang enggan dikenali.

Kedua-dua mereka sedang disiasat kerana rasuah, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah, menurut Bloomberg.

Mereka ialah T dan L – memandangkan mereka hanya boleh dikenal pasti di bawah undang-undang Switzerland, dirujuk sebagai “dua bekas pegawai di 1MDB” dalam siaran akhbar 10 Julai yang dikeluarkan semasa lawatan Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber di Putrajaya.

Pendakwa Switzerland biasanya tidak menamakan mana-mana suspek melainkan mereka telah didakwa.

Sama ada L dan T, disenaraikan dalam rekod telefon awam dan percubaan untuk mencari mana-mana wakil mereka tidak berjaya.

Goldman turut dalam pemerhatian siasatan kes 1MDB kerana memainkan peranan meningkatkan jumlah hutang sehingga AS$6.5 bilion dengan bantuan L, yang digambarkan sebagai “titik utama” dengan bank dalam aduan jenayah di Amerika Syarikat pada tahun 2016.

Goldman, yang belum dituduh melakukan salah laku berkata, ia hanya meningkatkan dana untuk 1MDB supaya ia boleh membuat pelaburan yang memberi manfaat kepada Malaysia.

Dan, ia tidak meramalkan di mana wang itu berada selepas itu.

“Kami tidak dapat melihat sama ada sesetengah dana tersebut mungkin telah dialihkan ke tujuan lain oleh penerbit oleh anggota Kerajaan Malaysia atau yang lain,” kata Edward Naylor, jurucakap yang berpangkalan di Hong Kong.

Komisen bernilai hampir AS$600 juta yang diperoleh Goldman untuk penerbitan bon cukup besar tetapi Naylor berkata, ia mencerminkan ‘risiko yang kami anggap pada masa itu, khususnya pergerakan dalam sebaran kredit yang terikat kepada bon tertentu, kos lindung nilai dan keadaan pasaran yang mendasarinya’.

L tidak dituduh melakukan salah laku oleh pendakwa Amerika Syarikat dalam aduan yang dibuat pada 2016 tetapi menerima bayaran AS$5 juta untuk kerja yang dibayar melalui syarikat-syarikat shell ke dalam akaun bank Swissnya.

L juga menghantar sejumlah enam angka kepada Tim Leissner dari Goldman Sachs untuk pelaburan permulaan yang mereka buat, menurut laporan Bloomberg yang lebih awal.

Leissner merupakan pegawai utama dalam penjualan bon 1MDB dan meninggalkan bank itu selepas mengambil cuti pada awal tahun 2016.
 
Pendakwa Amerika Syarikat dalam rundingan perjanjian rayuan dengan Leissner, kini mendesaknya untuk mendapatkan maklumat sama ada Goldman menjadi ‘mata buta’ tidak mengetahui kedudukan wang tersebut, menurut laporan Bloomberg awal bulan ini yang juga memetik sumber sebagai berkata.

Switzerland sedang menyiasat keseluruhan kes tersebut kerana Swiss Bank dan unit bank asing Switzerland telah digunakan untuk mengalihkan wang termasuk JPMorgan, Falcon Private Bank dan BSI SA.T untuk 1MDB hingga tahun 2011 ketika ia masih dikenali sebagai Terengganu Investment Authority.

Pihak berkuasa Malaysia yang bertindak bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah negara telah mengeluarkan waran tangkap terhadap L dan T. – MalaysiaGazette


PH terdesak adakan PRK Sungai Kandis tergesa-gesa

Manzaidi Mohd Amin

Calon Barisan Nasional (BN) N.49 Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, Seksyen 31, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 31 JULAI 2018
Calon Barisan Nasional (BN) N.49 Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, Seksyen 31, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 
 

SHAH ALAM – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dilihat sebagai pilihan raya tergesa-gesa oleh Pakatan Harapan (PH) yang sengaja diadakan awal bagi menutup kegagalan kerajaan itu menunaikan 10 janji kepada rakyat dalam tempoh 100 hari.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, kerajaan PH boleh saja mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menetapkan tarikh lebih sesuai dan tidak terlalu dekat dengan pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang baru berakhir 9 Mei lalu.

“Mereka terpaksa adakan PRK lebih awal supaya rakyat tidak ada sebab untuk menyalahkan kerajaan PH gagal menunaikan 10 perkara dalam tempoh 100 hari kerana edah itu belum habis.

“Tapi kalau rakyat berfikiran rasional, hari ini hari ke 84, sekurang-kurangnya mereka sudah menunaikan lapan daripada 10 janji mereka,” katanya pada sidang media di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, dekat sini, hari ini.

Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, sehingga hari ini, hanya satu sahaja janji yang mereka tunaikan, iaitu menghapuskan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari enam peratus kepada kosong.

Sembilan janji lagi, katanya, masih di awangan dan ada antaranya terpaksa u-turn semula kerana mendapati janji itu jika dilaksanakan boleh memberi kesan teruk kepada ekonomi negara.

“Apabila tidak dapat menunaikan janji itu, mereka akan beritahu rakyat, jika dilakukan juga, akan memberi kesan paling buruk kepada kerajaan.

“Inilah pembohongan nyata kerajaan PH ketika kempen PRU14 yang lalu, yang menyaksikan mereka menang banyak negeri dan menawan pusat pentadbiran Putrajaya,” katanya.

Ditanya akan kedatangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sungai Kandis untuk membantu kempen calonnya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni malam ini, Lokman berkata, itu membuktikan PKR tidak yakin akan menang apabila pemimpin utamanya terpaksa turun.

Beliau bagaimanapun, penuh yakin Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan berceramah pada malam 3 Ogos ini, tidak akan hadir.

“Saya percaya beliau tidak akan hadir dan tidak akan membantu calon PKR kerana beliau sendiri mahu PKR kalah pada pilihan raya kecil ini,” katanya.

Mengenai dakwaan Mohd Zawawi kononnya beliau mendapat 100 peratus sokongan masyarakat India dalam DUN itu, katanya, tunggu dan lihat keputusan pada malam 4 Ogos ini.

“Kalau saya mendapat dua atau tiga undi kaum India, maknanya Mohd Zawawi telah berbohong,” katanya. – MalaysiaGazette


Najib, kalau berani komen dalam Dewan Rakyat

Kasthuri Jeevendran

MGF30072018_SIDANG-PARLIMEN15-681x454
Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menempelak tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjadikan ‘bahan lawak’ semasa kempen PRK Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis baru-baru ini.
Mohamad Sabu atau lebih mesra sebagai Mat Sabu mencabar Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan untuk mengulangi kembali kenyataannya di Dewan Rakyat supaya beliau dapat menjawabnya secara rasmi.
Jelas beliau, tindakan Najib juga tentang kemampuannya untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan itu sebenarnya tidak gentleman.
Komen di luar saya tak mahu jawablah… saya nak jawab komen kalau dalam Parlimen.
“Kalau berani komen di luar, bak kata orang, ‘tumbuk bawah pusat’, komen sebegitu tidak gentleman, komen di dalam lebih baik. Saya jawab,” katanya kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini.
Tambah Mat Sabu, masih terlalu bagi mana-mana pihak termasuk Najib melabelnya kerana beliau baharu sahaja menjawat jawatan itu dalam tempoh dua bulan.
“Masih sangat awal untuk komen kerana saya baru dua bulan dalam jawatan ini. Tumpuan saya hanya terhadap kementerian saya. Tunggu dan lihat sebelum menilai,” tegasnya.
Menurut portal Free Malaysia Today baru-baru ini,  Najib didakwa mempertikaikan kemampuan Mat Sabu yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja menjawat jawatan Menteri Pertahanan.
Najib pernah menjawat jawatan itu selama hampir 14 tahun ketika kerajaan Barisan Nasional masih lagi menerajui negara ketika itu. – MalaysiaGazette 

PRK SG KANDIS: PKR GUSAR KERJASAMA UMNO-PAS – NORAINI




Pakatan Harapan (PH) dikatakan semakin gusar dengan kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata ini kerana berdasarkan perkembangan terkini, undi masyarakat Sungai Kandis akan banyak berpindah kepada Barisan Nasional (BN) berbanding ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Atas sebab itu PKR terpaksa membawa ramai pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) menjelang hari terakhir kempen bagi menyekat momemtum calon BN.

“Ketika hari pertama kempen, pemimpin PKR di Selangor begitu yakin akan menang besar, tetapi keyakinan mereka semakin tergugat selepas PAS secara terbuka menyokong calon BN.

“Jadi PKR terpaksa membawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat bekas calon PAS bagi DUN Sungai Kandis pada PRU-14, Mohd Yusof Abdullah di kediamannya di Kampung Jalan Kebun pada Isnin.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, tiada yang mustahil dalam politik dan begitu juga dengan peluang calon BN, Datuk Lokman Noor Adam untuk menang pada PRK Sungai Kandis.

“PKR pun bimbang sebab lebih 70 peratus pengundi di Sungai Kandis adalah orang Melayu,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, menjadi kewajipan kepada penyokong PAS menolak PH yang dilihat tidak menegakkan serta menjaga agama Islam.

Selain itu, beberapa pemimpin PAS Pusat seperti Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut mendorang ahli parti itu menyokong calon BN.

Tiga calon bakal berentap dalam PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini membabitkan Lokman Noor Adam, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (PKR) dan K Murthy (BEBAS).


SG KANDIS TITIK PERSEFAHAMAN UMNO-PAS




Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis diharap menjadi titik permulaan persefahaman UMNO-PAS dalam memperjuangkan Islam dan hak orang Melayu serta Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata persefahaman antara dua parti terbesar masyarakat Melayu itu memberi makna yang mendalam kepada politik tanah air.

“Hari ini, batu sempadan kita sedang dialih, hak Bumiputera dikacau bilaukan, MARA hendak dipecahkan kepada kementerian-kementerian lain, ini maruah kita, maruah orang Melayu dan akhirnya maruah kita dicabar dari hari ke hari sehingga kita berpecah belah.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana PRK Sungai Kandis ini menjadi titik permulaan persefahaman antara UMNO dan PAS, dua parti orang Melayu yang terbesar. Jika persamaan (UMNO-PAS) ini dapat kita wujudkan, ia memberi pengertian besar kepada politik negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ceramah Penerangan Barisan Nasional (BN) PRK Sungai Kandis di Taman Seri Andalas di sini, Isnin malam.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau sendiri sudah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS dalam mencari persefahaman antara kedua-dua parti terbabit.

“Saya sudah berjumpa (pemimpin PAS) tiga ke empat kali dan akhirnya mereka melafazkan untuk pertama kali selepas 60 tahun bermusuh bahawa wajib untuk ahli PAS tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) dan menyokong UMNO di Sungai Kandis. Ini adalah petanda.

“Saya yakin dan percaya jika ada kemahuan dan tekad seluruh orang Melayu yang sayangkan bangsa, agama tanah air, kita mampu mencapainya. Lupakan soal manifesto PH sebab memang tidak boleh dilaksanakan pun dan jika mereka laksanakan, akan memudaratkan ekonomi negara kerana itu adalah hakikatnya,” katanya.

Beliau berkata, jika BN diberikan mandat dalam PRK Sungai Kandis, ia bukan kemenangan kepada Datuk Lokman Noor Adam sebagai calon semata-mata, sebaliknya kemenangan perjuangan orang Melayu di negara ini.

“Ini akan menjadi satu referandum rakyat betapa mereka tidak berpuas hati terhadap manifesto PH yang tidak ditunaikan dan menjadi pembohngan kepada rakyat Malaysia.

“Sebangsat-bangsat UMNO, kita tidak akan menjual maruah bangsa, sebangsat-bangsat UMNO kita tidak akan mempertaruhkan agama kita,” katanya.


PRK SG KANDIS: PKR MINTA ‘TALIAN HAYAT’ DR MAHATHIR




Perpecahan dalam PKR dikatakan sedang berlaku, termasuk cubaan untuk mensabotaj calon parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam berkata, atas faktor itu PKR cuba ‘memujuk’ Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu kempen PKR yang berbaki beberapa hari lagi.

“Adakah mereka tidak yakin dengan Mohd Zawawi?. Ini adalah PRK (Pilihan Raya Kecil) DUN sahaja dan kalah atau menang tidak beri apa-apa kesan sehingga memerlukan seorang Perdana Menteri turun bantu kempen.

“Percayalah Dr Mahathir tidak akan turun berkempen. Jika beliau datang, akan memalukan diri sendiri.

“Nampaknya PKR sekali lagi terpaksa meminta ‘talian hayat’ Dr Mahathir untuk memenangkan mereka dalam pilihan raya,” katanya pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja pada Selasa.

Mengulas lanjut, Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau yakin PRK Sungai Kandis akan memberi impak positif kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Sepanjang PRK Sungai Kandis, saya langsung tidak buat kempen murahan untuk Strategi BN ialah bangkitkan isu dasar lawan dasar serta berkempen secara profesional,” katanya.


Selamat tinggal GST, selamat kembali SST

Syahir Sulaiman

 
 
PADA hari Ahad yang lepas, saya dijemput menjadi panel sebuah forum anjuran sebuah pertubuhan profesional muda Kelantan (I-GRAD) di Kota Bharu, bagi membincangkan topik SST dan kesannya kepada rakyat.
 
Saya memulakan bicara dengan menggariskan prinsip muamalat dalam Islam yang menekankan aspek keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi.
 
Ini dapat dilihat antaranya dengan seruan untuk membelanjakan harta di jalan Allah, larangan mengambil harta secara batil, larangan memakan riba dan rasuah, serta larangan harta hanya berlegar di kalangan orang kaya sahaja.
 
Secara takrifannya, rejim GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan, kecuali yang dikeluarkan daripada senarai cukai (everything is taxable, except excluded).
 
Manakala rejim SST adalah cukai kepenggunaan yang tidak dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan, kecuali yang dimasukkan dalam senarai cukai (everything is non-taxable, except included).
 
Juga perlu difahami bahawa, SST adalah dua cukai yang tersendiri dan dikuatkuasakan oleh dua akta berbeza, iaitu Akta Cukai Jualan (Sales Tax) dan Akta Cukai Perkhidmatan (Services Tax).
 
Dalam konteks kesan daripada pelaksanaan SST, saya menyebutkan terdapat lima implikasi utama kepada ekonomi negara dan rakyat, iaitu:
 
1. Pertumbuhan ekonomi - kenaikan cukai akan mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat, seterusnya merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Begitulah pula sebaliknya.
 
2. Sumber hasil kerajaan - pungutan cukai SST dijangka lebih rendah daripada GST (anggaran RM20b vs RM40b), menyebabkan SST perlu ditampung dengan kenaikan cukai lain seperti cukai korporat, serta dasar penjimatan oleh kerajaan (contoh penangguhan MyBrain).
 
3. Kos sara hidup - pelaksanaan cukai akan meningkatkan kos pembuatan dan perkhidmatan oleh pihak pengilang dan peniaga, seterusnya mendorong kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna.
 
4. Kos pentadbiran dan pematuhan - kelemahan paling utama sistem cukai SST adalah ianya tidak transparen, elemen penipuan, pemindahan harga (transfer pricing), dan manipulasi harga, yang menuntut kepada penguatkuasaan dan pemantauan oleh pihak kerajaan.
 
5. Agihan cukai - penumpuan perlu diberikan terhadap reformasi agihan cukai yang lebih cekap, efektif dan adil kepada rakyat dan wilayah. Adalah salah sekiranya sesuatu cukai dikutip daripada rakyat bagi menampung pembaziran, ketirisan dan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan.
 
Persoalannya apakah tujuan SST ini dilaksanakan kembali? Jika untuk menambah hasil kerajaan, SST bukan pilihan yang bijak. Jika untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, SST tidak menjanjikan harga yang lebih rendah berbanding GST.
 
Ini dapat dilihat dalam beberapa simulasi harga oleh pengeluar kenderaan, barangan perabot dan jenama tertentu yang menunjukkan harga baru selepas dikenakan 10% SST adalah lebih tinggi berbanding harga di bawah rejim cukai GST 6%.
 
Antara faktor yang menyumbang kepada tiadanya perubahan harga (price stickiness) adalah rantaian pembuatan dan perkhidmatan yang dimonopoli atau dimanipulasi oleh peniaga, di samping kenaikan kos operasi kepada peniaga, kesan daripada kenaikan kos bahan, dasar gaji minima, kejatuhan nilai ringgit, dan seumpamanya.
 
Ternyata, GST dan SST bukanlah sistem cukai terbaik untuk menambah hasil kerajaan dan mengurangkan kos sata hidup rakyat
 
Di sini pentingnya semua pihak untuk mengkaji dan menilai alternatif selain GST dan SST yang boleh dilaksanakan di Malaysia.
 
Antaranya melalui regim cukai keuntungan dan cukai kekayaan seperti Real Property Gain Tax, Capital Gain Tax, Windfall Tax, Tax on Share Trading, Tax on Idle Deposit, Tax on Inheritance, dan seumpamanya.
 
Dalam aspek ini, PAS telah mengemukakan cadangan alternatif terhadap GST di dalam Dokumen Hijau yang dilancarkan pada 2015. Di dalamnya terkandung segala prinsip, mekanisma dan anggaran kutipan 2.5% Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Saham, yang dikenakan ke atas 'lebihan kekayaan' bagi menjana hasil kepada kerajaan.
 
Saya menyatakan, sekiranya ada pihak lain di kalangan parti politik, NGO, ahli akademik atau persatuan peniaga yang mempunyai cadangan yang lebih baik, dipersilakan untuk dibentang dan dibahas.
 
Sekiranya tiada, terimalah dahulu cadangan daripada PAS untuk diperhalusi, dibahas dan ditambah baik, demi kebaikan ekonomi negara dan rakyat. HARAKAHDAILY
 
Dua tiga kucing berlari, 
Mana nak sama GST dan SST; 
Dua tiga janji diberi, 
Mana nak sama janji ditepati.
*Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi DPPM

Pertahan pendirian Kelantan tolak UEC

MUHAMMAD ARIF ISMAIL

 
 
BACHOK: Rakyat Kelantan menyifatkan keputusan kerajaan negeri tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dilaksana di 61 sekolah persendirian Cina sebagai tepat. 
 
Mohd Napi Mohd Nawi berkata, dasar pendidikan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 sudah mampu membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.
 
Katanya, pendirian tegas kerajaan Kelantan merupakan satu langkah yang tepat bagi memastikan rakyat mengikuti dasar pendidikan negara sahaja.
Nawi
"Pendirian berani itu saya sangat setuju, malah dasar UEC tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum.
 
"Memang tidak salah orang Melayu, Cina, India dan lain-lain menuntut hak mereka, tetapi tuntutan ini mestilah tidak bertentangan dengan dasar yang diamalkan di negara kita," katanya.
 
Baru-baru ini Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob menegaskan kerajaan Kelantan yang tidak mengiktiraf UEC bagi mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu.
 
Sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilapor memberitahu kerajaan akan mengiktiraf UEC selaras dengan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Muhamad Zainudin Abdullah juga sependapatan dengan Mohd Napi sambil menegaskan kerajaan sebelum ini pun pernah menolak pelaksanaan UEC dalam sistem pendidikan negara. – HARAKAHDAILY 


Guru dihalang masuk ke SK Tohoi

HARAKAHDAILY

 
 
GUA MUSANG: Sikap tolak ansur kerajaan seperti tidak dihiraukan sekumpulan masyarakat Orang Asli apabila meneruskan sekatan laluan ke Pos Tohoi.
 
Penghulu Jumak Abak dari Kuala Betis berkata, guru-guru yang menggunakan laluan itu untuk ke Sekolah Kebangsaan Tohoi juga disekat.
 
Katanya, kumpulan guru guru yang datang hendak bertugas di sekolah itu terpaksa berpatah balik ke Gua Musang.
 
“Begitu juga penduduk Orang Asli dari perkampungan di Pos Tohoi pun dihalang dan tidak dibenarkan keluar atau masuk melalui jalan yang dibina syarikat pembalakan.
 
“Perbuatan kumpulan Jaringan banyak menyusahkan orang ramai. Kerajaan dan pihak berkuasa perlu bertindak tegas kerana tindak tanduk kumpulan itu menyusahkan orang lain,” katanya di sini.
 
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri minggu lepas, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah memberitahu kerajaan negeri banyak bertolak ansur dengan masyarakat Orang Asli.
 
Sekatan laluan lori balak dilakukan kumpulan Jaringan sejak akhir 2016 dengan didalangi pihak tertentu.

Malah pada tahun lepas sekumpulan ditahan polis kerana terbabit dengan sekatan laluan tersebut. - HARAKAHDAILY


Agus minta Husam tidak teruskan cadangan Majlis Tindakan Kelantan



Agus minta Husam tidak teruskan cadangan Majlis Tindakan Kelantan



Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff  (gambar kanan) menyelar pandangan Naib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Kelantan Husam Musa untuk menubuhkan Majlis Tindakan dan Pembangunan Negeri Kelantan sebagai badan penyelaras antara kerajaan pusat dan rakyat di negeri itu.
Penganalisis politik ini berkata, walaupun cadangan itu belum dimuktamadkan tetapi beliau berharap ide itu tidak diteruskan oleh Pakatan Harapan di Kelantan.

“Membaca berita Haji Husam Musa mencadangkan penubuhan Majlis Tindakan dan Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh beliau sendiri bersama 10 ahli lain untuk bertindak sebagai penyelaras dan penghubung antara menteri (kerajaan pusat) dan rakyat, hati saya tersentak.

“Biarpun perkara ini belum muktamad, saya harap idea ini tidak diteruskan. Jika idea ini diteruskan, maka tidak ada bezanya kerajaan hari ini dengan kerajaan dahulu yang ada JPP. Hentikan cara dahulu yang ada dua penghulu, dua penggawa, dan dua JKKK,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai keputusan Husam yang juga Naib Presiden AMANAH itu pada Julai lalu, yang dipetik berkata, cadangan itu sudah diputuskan PH akan segera disampaikan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohmad.

Bagi melicinkan program setiap kementerian Husam berkata, PH Negeri akan melantik jawatan kuasa-jawatan kuasa khas sebagai peyelaras.

Menurut Prof Agus lagi, apabila PH menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, beliau menaruh impian besar untuk melihat negara ditadbir secara demokratik dengan menghormati pilihan rakyat.

“Hari ini, apa yang menjadi hak kepada negeri, salurkan kepada kerajaan negeri kerana itulah pilihan rakyat dalam sistem politik demokrasi yang kita perjuangkan selama ini.

“Mulakanlah perubahan cara berpolitik kita sekarang kerana itulah janji “Malaysia Baru” yang kita mahu bina bersama,” ujarnya.

Azharuddin letak jawatan CAAM




Azharuddin letak jawatan CAAM

Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, yang sentiasa menjadi perhatian awam susulan tragedi pesawat MH370 dan MH17, mengumumkan meletak jawatan sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Beliau menghantar surat itu hari ini dan peletakan jawatan itu berkuat kuasa 14 Ogos depan.

Azharuddin memberikan notis peletakan jawatan itu sehari selepas Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Bagi MH370 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia, mengeluarkan Laporan Penyiasatan Keselamatan MH370.

“Dengan rasa dukacita dan selepas memikirkan dan membuat pertimbangan mendalam, saya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi CAAM berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis letak jawatan yang saya serahkan hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Sejak empat tahun lepas, Azharuddin berkata beliau telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu dalam misi pencarian pesawat malang Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac, 2014, semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing

Jamal kekal di penjara Sungai Buloh, ikat jamin ditarik balik

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini masing-masing menarik balik perintah ikat jamin terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bagi dua pertuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas, di sini, dua tahun lalu.

Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali dan Haslinda A. Raof membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhashimah Hashim dan Raihanah Abd Razak untuk menarik balik jaminan masing-masing berjumlah RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pihak pendakwaan memohon perintah ikat jamin itu ditarik balik kerana khuatir Jamal akan melarikan diri sekali lagi.

Berikutan itu, mahkamah membatalkan jaminan terhadap Jamal bagi kedua-dua kes ceroboh itu dan bagi kes melarikan diri dari hospital, perintah tidak membenarkan Jamal diikat jamin dikekalkan.

Dengan keputusan ini, Jamal, yang hadir ke mahkamah berpakaian kot lengkap dan bersongkok dengan tangan bergari ke belakang serta diiringi anggota polis, kekal ditahan di Penjara Sungai Buloh sehingga kesnya selesai.

Bagi tuduhan menceroboh, Jamal didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas didapati melakukan pencerobohan di Kedai Happy Toys, No. 23, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas, di sini.

Dia juga didakwa bersama seorang yang telah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan sama di Kedai Starcom Trading and Services No. 23&25, Jalan Kosas 13, di taman sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 3.30 dan 3.40 petang, 29 Dis 2016 mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jamal, yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, turut didakwa dengan sengaja telah melepaskan diri daripada ja­gaan pihak polis yang menahannya secara sah di sisi undang-undang.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Hospital KPJ Ampang Puteri di sini antara jam 2 dan 3 petang, 25 Mei lalu mengikut Sek­syen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan bagi ketiga-tiga kes tersebut.

Jamal, yang diwakili peguam Khairul Anuar Kashim, mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu.

Jamal sebelum ini dikehendaki berhubung dua kes di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ampang dan satu kes lagi mengikut Seksyen 290 kanun sama di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pembelaan ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, memaklumkan pihaknya akan membuat semakan berhubung jaminan terhadap Jamal di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.– Bernama

Kehadiran Anwar bukan kerana sokongan PAS terhadap BN

THE MALAYSIAN TIMES
 


SHAH ALAM= Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis minggu ini, bukan disebabkan PKR ‘tergugat’ dengan sokongan PAS terhadap calon BN.

Kehadiran Ketua Umum PKR itu sebenarnya telah dirancang dan dijadualkan di peringkat awal lagi, kata calon PKR bagi PRK itu, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

“Sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dalam proses pemulihan rawatan di Turki dan masa yang beliau ada hanya selepas 31 Julai ke atas, sebab itu kita tetapkan tarikh tersebut (selepas 31 Julai) sesuai dengan keberadaan beliau di Malaysia.

“Kita telah jadualkan di peringkat awal tentang kehadiran beliau… jadi kita melihat tarikh beliau balik sempat untuk bersama kempen, bukan tiba-tiba di saat akhir memerlukan kehadiran beliau untuk membantu kempen,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Yaakob Sapari di sini, hari ini.

Anwar dijadualkan hadir membantu kempen PRK bermula Rabu ini dan dijangka menyertai ceramah ‘grand finale’ pada malam terakhir kempen, Jumaat ini bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kepimpinan lain Pakatan Harapan (PH) – gabungan PKR, BERSATU, DAP dan AMANAH.

Menurut Mohd Zawawi, berdasarkan maklum balas daripada pengundi beliau yakin pengundi akan terus kekal bersama PH meskipun sasaran majoriti undi dijangka berkurangan daripada yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas beberapa faktor.

“Kalau pada PRU lepas kita dapat majoriti 12,480 undi, pada PRK ini kalaupun kita tidak dapat jumlah itu kita target untuk dapat sekurang-kurangnya 10,000 undi daripada pengundi atas pagar, pengundi PAS, UMNO yang mungkin melihat saya calon yang mereka harus pilih.

“Kita jangkakan PRK ini peratusan mengundi rendah kerana mereka baru sahaja mengundi pada PRU lepas. Ada yang kerja luar kawasan dan ada mempunyai masalah kos pengangkutan yang di luar bidang kuasa kami, jadi kami sedia maklum mengenai kekangan PRK ini,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai ketidakhadiran pemimpin DAP ketika ini untuk membantu kempennya, Mohd Zawawi berkata Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan Lim Guan Eng dijadualkan turun padang ke DUN Sungai Kandis pada Khamis ini sementara pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang pula pada Jumaat.

Ketika ditanya sama ada pengundi Melayu di DUN Sungai Kandis boleh menerima DAP, beliau berkata perkembangan terkini menunjukkan bahawa orang Melayu sudah semakin terbuka terhadap parti itu.

“Cuma UMNO sahaja yang memburukkan dan (sebar) propaganda DAP sebagai parti rasis, anti Melayu dan sebagainya,” katanya.

PRK DUN Sungai Kandis merupakan PRK pertama selepas PRU14, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Pada hari pengundian Sabtu ini, Mohd Zawawi bakal ditentang calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K. Murthy.– Bernama

3 rakyat M’sia ditahan polis Thailand bersama 426kg ganja

THE MALAYSIAN TIMES
 


SADAO: Dua lelaki dan seorang wanita rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di daerah Sadao berhampiran sempadan Malaysia-Thailand bersama-sama 462 kilogram ganja, kata Ketua Polis Sadao Kol Sawad Sinsaenyong.

Beliau berkata ketiga-tiga ​​​​​​​rakyat Malaysia itu dan seorang wanita tempatan ditahan bersama dadah berkenaan di sebuah rumah di Lorong Songchai, Mukim Sanakkam pada kira-kira 5 petang semalam.

“Maklumat perisikan mempercayai rumah berkenaan digunakan oleh sindiket dadah yang besar di kawasan sempadan. Rumah berkenaan dimiliki oleh seorang pelabur Malaysia,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah trak pikap berdaftar di Malaysia.

Katanya dua lelaki warga Malaysia berumur 31 dan 43 tahun dan wanita Malaysia berumur 23 tahun serta wanita tempatan berumur 37 tahun itu ​​​​​​​mengaku mereka menerima dadah berkenaan di Hatyai dan menyimpannya di rumah berkenaan sebelum bertindak menyeludupnya ke Malaysia.

Katanya, dadah berkenaan disembunyikan dalam 11 buah karung guni seberat 42 kilogram setiap satu.—Bernama

Bekas menteri mahu 'tanam' saman telur penyu

 
   
Bekas menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Ismail Sabrina Yaakob dalam proses menyelesaikan samannya terhadap Sabah Publishing House Sdn Bhd dan editor Daily Express berhubung laporan telur penyu dua tahun lalu.

Naib presiden Umno itu memfailkan saman berkenaan berhubung tiga artikel yang disiarkan Daily Express yang mendakwa telur penyu dihidangkan kepada beliau di sebuah majlis Umno di Sabah pada 2015.

Peguam Samsinaralia Sahar yang mewakili Ismail memaklumkan perkara itu kepada wartawan selepas beliau menyertai peguam Bhag Singh yang mewakili penerbitan berkenaan untuk pengurusan kes.

Susulan itu Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon menetapkan 24 Ogos sebgai tarikh seterusnya untuk penyelesaian kes.

"Kami sedang melihat untuk menyelesaikan kes secara baik," kata Samsinaralia.

Dalam samannya pada Mac tahun lalu, Ismail, antara lain mendakwa artikel berkenaan menggambarkan beliau mengabaikan tanggungjawab dan tidak menghormati Akta Perlindungan Hidupan Liar 1967.

Sabah Publishing House, dalam pembelaannya, mendakwa artikel berkenaan tidak memberi gambaran salah dan menafikan ia dibuat atas niat jahat terhadap menteri berkenaan serta mencabar Ismail mengemukakan bukti dakwaannya.

Pemilihan PKR: Azmin buat keputusan lepas PRK Sg Kandis

 
   

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan hanya akan menimbang sebarang keputusan berhubung pertandingan dalam pemilihan PKR selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Sabtu ini (4 Ogos).

Beliau yang juga menteri hal ehwal ekonomi berkata buat masa ini pihaknya sedang menumpukan persiapan dan kempen PRK berkenaan.

Ditanya mengenai keputusan naib presiden Rafizi Ramli untuk bertanding jawatan timbalan presiden, Mohamed Azmin menegaskan mana-mana individu bergelar anggota parti berhak menawarkan khidmat dalam perjuangan PKR.

"Saya hormati keputusan beliau (Rafizi) dan ia satu proses demokrasi yang tak perlu dipandang pelik kerana ini kekuatan PKR. Saya memegang jawatan sekarang ini selama 20 tahun pun kerana pertandingan (dalam pemilihan parti).

"Saya tak pernah diberi jawatan percuma dan itu sebenarnya perkukuhkan lagi peranan kita dalam parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada PRK tersebut semalam.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Baru-baru ini, Rafizi mengesahkan akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti itu, bulan depan.- Bernama


Maszlee digesa selamatkan sekolah Tamil di Kedah

 


Kelab Belia-belia Tamil (KBBT) Kedah hari ini menggesa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyelamatkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Dublin 7 yang terletak di Kulim, Kedah.

Menurut L Rajini, Presiden KBBT Kedah, sekolah itu yang kini berada di ambang penutupan perlu diberi perhatian segera

"Sekolah ini kini hanya mempunyai 8 murid sahaja. Kesemua murid belajar di sekolah adalah dari bandar Kulim di mana segala kos pengangkutan ditaja oleh pemimpin politik dan ahli perniagaan dalam usaha menyelamatkan sekolah ini daripada ditutup.

"Ladang ini lama ditutup. Tiada penghuni. Yang adapun lima atau enam keluarga Indonesia. Kami penduduk di kawasan sekitar Kulim sangat risau dengan masa depan sekolah ini yang mungkin akan ditutup tahun depan," kata Rajini kepada Malaysiakini.

"Kami nak Menteri Pendidikan segera memberi perhatian agar sekolah ini dipindahkan ke kawasan berdekatan bandar Kulim," tambah beliau lagi.

SJK (T) Ladang Dublin 7 merupakan salah sebuah sekolah yang didirikan semasa zaman kolonial British. Pembangunan bandar Kulim dan penghijrahan penduduk ladang ke kawasan bandar mengakibatkan sekolah ini terbiar.

Namun, usaha pemimpin tempatan dan NGO-NGO tempatan dengan menghantar murid dari bandar Kulim ke sekolah ini sejak lewat tahun 2010 terus menyelamatkan sekolah itu daripada ditutup.

"Bagaimanapun, menghantar murid dari kawasan lain ke sekolah ini bagi menyelamatkannya tidak memberi manfaat selepas kebanyakan ibu bapa risau jarak ke sekolah yang sangat jauh khususnya dari Kulim.

"Bagi kami, penyelesaian terbaik menyelamatkan sekolah ini adalah memindahkan sekolah ini ke kawasan Kulim," jelasnya.

Pindah ke Kulim

Menurut Rajini, pada tahun 2015, pihak sekolah bersama Lembaga Pengelola Sekolah dan Persatuan bekas Murid Ladang Dublin 7, mengenal pasti sebidang tanah di Taman Mutiara, Sungai Kop, Kulim.

"Kawasan ini sangat strategik untuk pembinaan sekolah Tamil kerana terdapat lebih 500 keluarga India tinggal berdekatan. Namun, usaha ini digagalkan oleh segelintir orang yang mempunyai agenda tertentu.

"Kami harap menteri pendidikan segera memberi tumpuan terhadap sekolah ini agar sekolah ini dapat diselamatkan," ujarnya.

Sementara itu, Senator Datuk S Anandhan yang dihubungi Malaysiakini berkata MIC di kawasan Kulim telahpun mengenal pasti satu penyelesaian tetap iaitu sekolah asrama penuh.

"Pada pemerintahan BN, bekas menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid telahpun setuju secara lisan untuk membina satu sekolah asrama penuh di kawasan sekolah Ladang Dublin 7 yang sedia ada sekarang.

"Kami harap kerajaan Pakatan Harapan meneruskan cadangan BN," tegas Anandhan lagi.


Jenazah warga M'sia korban gempa bumi Lombok tiba petang ini

 
   

Jenazah Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia Ahad lepas, hari ini diterbangkan dari Lombok ke Jakarta, sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Jenazah Siti Nur Ismawida, 30, dijadualkan dibawa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok menggunakan pesawat Garuda GA0435 pada 9.40 pagi ini ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan berkata jenazah kemudiannya dibawa ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan Garuda GA0816 dari Jakarta pada 1.40 tengah hari ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 petang (waktu Malaysia).

"Jenazah diiringi suaminya, Mohd Hafiz Mohd Kassim, dan saudara kepada Mohd Hafiz, Saiyid Abdallah Syahir Aledrus," katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di  KLIA, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Kuala Lumpur.

Allahyarham Siti Nur Ismawida dilaporkan terkorban dihempap runtuhan tembok bangunan dalam kejadian gempa bumi 6.4 skala Richter yang menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pada 5.47 pagi Ahad.

Kejadian itu setakat ini telah mengorbankan 14 mangsa, manakala beratus cedera serta memusnahkan lebih seribu rumah dan bangunan.- Bernama


Pemilihan PKR: Rafizi dibenar tanding walaupun berdepan sabitan NFC

 
Naib presiden PKR itu mendapat pengecualian daripada JPPM seperti diperuntukkan dalam Akta Pertubuhan.


Rafizi Ramli akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR bulan depan.


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendapat pengeculian daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk menjadi timbalan presiden, jika beliau menang dalam pemilihan parti bulan depan, walaupun berdepan sabitan jenayah.

“Ya, saya (dapat pengecualian). Kalau tidak, saya tidak akan umum hasrat saya bertanding.

“Saya mendapat pengecualian di bawah Akta Pertubuhan,” katanya kepada FMT dalam mesej teks.

Bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau mendapat kelulusan JPPM.

Seksyen 9A (1)(b) Akta Pertubuhan menyatakan pemegang jawatan hilang kelayakan jika beliau disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau lebih, atau penjara setahun atau lebih.

Section 9 (4) bagaimanapun memperuntukkan individu yang hilang kelayakan itu boleh meminta pengecualian daripada JPPM atas syarat tertentu.

Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas Rafizi kerana mendedahkan penyata akaun bank berkaitan anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pada 2012.

Bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad turut dijatuhkan hukuman penjara sama kerana bersubahat dengan Rafizi.

Mereka didapati berslah di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia).

Rafizi masih menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi. Beliau tidak dapat menyertai pilihan raya umum 9 Mei lalu disebabkan sabitan itu kerana Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen hilang kelayakan selama 5 tahun, jika sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

Rafizi mungkin berdepan tentangan penyandang Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali dalam pemilihan PKR, walaupun menteri hal ehwal ekonomi itu belum mengumumkan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya atau bertanding jawatan lain.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hasrat bertanding sebagai presiden parti, jawatan yang disandang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Rafizi melancarkan kempennya Ahad lalu bersama 8 regunya dengan berkata, Anwar memerlukan pasukan yang “100% setia kepadanya” untuk menjadi perdana menteri.

Beliau memberi 4 sebab untuk merebut jawatan nombor 2 itu, termasuk memperkukuhkan Pakatan Harapan, mengekalkan gerakan reformasi serta menjaga kebajikan ahli PKR dengan menubuhkan koperasi.

Adun Seri Setia tak tenat, hanya bercuti, kata keluarga

 
Shaharuddin Badaruddin hanya bercuti rehat selama sebulan selepas menjalani rawatan.


Ahli keluarga Shaharuddin Badaruddin meminta semua pihak memberikan ruang kepada naib presiden PKR itu sepanjang tempoh bercuti. (Gambar Facebook)


SHAH ALAM: Ahli keluarga Adun Seri Setia, Shaharuddin Badaruddin menafikan laporan mengatakan exco Selangor itu kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dalam satu kenyataan Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Shaharuddin dikatakan hanya cuti rehat selama sebulan selepas menjalani rawatan.

Setiausaha Kanannya, Zafrullah Aris berkata keputusan Shaharuddin untuk bercuti dan berehat mendapat keizinan daripada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

“Pihak keluarga nafikan berita yang dilapor di media kononnya Shaharuddin kritikal dan dirawat di ICU.

“Untuk makluman, beliau dinasihatkan berehat setelah jalani rawatan dan diizinkan bercuti selama sebulan oleh menteri besar Selangor,” katanya.

Ahli keluarga naib presiden PKR itu juga meminta semua pihak memberikan ruang kepada Shaharuddin sepanjang tempoh beliau bercuti.

“Sama-samalah kita berdoa supaya beliau dipermudahkan dalam segala urusan dan diberi kesejahteraan untuk dapat bertugas semula,” katanya.

Shaharuddin dilapor berada dalam keadaan kritikal dan kini ditempatkan di ICU sebuah hospital di ibu kota. Beliau dikatakan menghidap kanser usus tahap 4.

Pada pilihan raya lalu, Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan 29,250 undi.

Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional, Yusoff M Haniff yang memperolehi 9,878 undi; calon PAS, Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon bebas, S Vigneswaran (217)

Tiada pilihan raya PBT dalam 3 tahun, kata menteri

 
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata kerajaan memerlukan masa untuk menjalankan kajian ke atas pelbagai aspek dan menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan kepada Kabinet.



Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan mengambil beberapa langkah, termasuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta mengadakan bengkel bagi membincangkan perkara itu.


KUALA LUMPUR: Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan diadakan dalam 3 tahun ini kerana kerajaan memerlukan masa untuk menjalankan kajian ke atas pelbagai aspek, termasuk perundangan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

“Antara perkara teknikal yang harus kita lihat ialah meminda beberapa undang-undang, antaranya Akta Kerajaan Tempatan, Akta Pilihan Raya 1998 dan Akta Ibu Kota Persekutuan.

“Kita memerlukan masa 3 tahun memandangkan keadaan kewangan negara belum stabil, ekonomi belum stabil. Untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, ia memerlukan kewangan banyak, jadi kita ambil masa 3 tahun,” katanya menjawab soalan lisan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 26 Mei lalu, Zuraida dilaporkan berkata, pilihan raya PBT mungkin boleh dilaksanakan dalam masa sekurang-kurangnya 3 tahun lagi.

Katanya, buat masa ini, kerajaan Pakatan Harapan perlu mengutamakan perkara lain terlebih dahulu seperti memastikan kedudukan kewangan negara stabil.

Hari ini, Zuraida berkata, kerajaan sudah mengambil beberapa langkah, termasuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Satu bengkel pada 12 Julai lalu melibatkan beberapa agensi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Kementerian Wilayah dan penasihat undang-undang.

“Hasil daripada bengkel ini, mereka membuat satu ‘roadmap’ yang mana pada tahun ini, kita akan kaji semua perundangan dan langkah menyediakan satu kertas kerja untuk dibentangkan di Kabinet untuk diluluskan.”

Beliau berkata, kementeriannya juga akan turun padang memberi penerangan kepada rakyat, sebelum mengadakan pilihan raya PBT.

Ketua bahagian Umno Selangor pertikai pelantikan Ismail Sabri

MALAYSIAKINI

   

Majoriti ketua bahagian Umno di Selangor menolak pelantikan naib presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri itu.

Memetik sumber, portal Berita Harian Online melaporkan seorang ketua bahagian Umno sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya memanggil semua 22 ketua bahagian untuk berbincang serta meminta pendapat sebelum membuat keputusan.

"Kita melihat dia (Ismail Sabri) bukan calon yang tepat untuk memimpin Umno di negeri ini. Kita juga berharap presiden segera melantik pengganti yang lebih berkelayakan.

"Terdapat juga rungutan yang tidak berpuas hati dengan sikap pengerusi perhubungan negeri yang tidak turun membantu kempen PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Kandis.

"Memang betul orang cakap BN tidak akan menang di Sungai Kandis, tetapi ia bukan alasan. Sepatutnya dia kena kerap turun 'tunjuk muka'," katanya yang dipetik portal itu.




Berita Harian Online juga memetik Pengerusi Veteran Umno Selangor, Datuk Ahmad Bahri sebagai berkata, beliau menyerahkan kepada semua ketua bahagian untuk menyatakan pendirian mereka.

"Saya hanya veteran Umno dan pandangan saya tidak akan didengar. Kalau saya cakap banyak pun orang akan pertikaikan," katanya yang enggan menguals lanjut.

Sebelum ini, pemimpin veteran Umno Terengganu, Datuk Roslan Awang juga dilaporkan berkata, tindakan Umno Pusat melantik Datuk Seri Mahdzir Khalid mengemudi badan perhubungan Umno negeri sebagai satu penghinaan kepada ahli parti di negeri itu.

Roslan dilaporkan berkata, 'luka' kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) belum sembuh dan pelantikan 'orang luar' memburukkan lagi keadaan.

Selain itu, pelantikan seorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis turut dipertikaikan pemimpin Umno negeri.

Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, berkata keputusan meletakkan tiga naib presiden Umno sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Ismail Sabri di Selangor, Mahdzir (Terengganu) dan Mohamed Khaled (Perlis) adalah bersifat sementara.

Keputusan itu dicapai bagi membolehkan parti terus menyusun struktur pentadbiran parti di tiga negeri iaitu Perlis, Selangor dan Terengganu.


Zawawi, Lokman kini sama-sama yakin

 
   

ULASAN | Selepas genap seminggu kempen berlangsung, bahang pilihan raya kecil (PRK) ini semakin dirasai.

PRK itu adalah pertama perlu didepani Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pada 9 Mei lalu.

Justeru ia menjadi medan eksperimen buat kedua-dua parti yang bertanding iaitu PKR mahupun Umno.

Bagi PKR, mereka ingin menjadikan PRK itu sebagai kayu pengukur terhadap sokongan rakyat kepada kepimpinan Harapan yang kini semakin hampir kepada tempoh 100 hari pertama pentadbirannya.

Pada masa sama Umno pula mahu menjadikan ia sebagai medan uji kaji terhadap parti itu selepas ia mengalami kekalahan paling teruk sejak 61 tahun lalu.

Namun apa yang lebih menarik tentang PRK Sungai Kandis kali ini ialah ia turut menunjukkan sokongan PAS kepada BN - suatu pendekatan yang amat berbeza berbanding suatu ketika dahulu.

Dalam PRK kali ini, PAS tidak segan silu meminta anggota parti terbabit menyokong BN dengan menjadikan kepentingan orang Melayu dan Islam sebagai alasan.

Orang tempatan, orang luar

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali contohnya malam tadi secara terbuka menggesa anggota parti itu mengundi calon BN.

Selain itu, melalui pengamatan Malaysiakini, kedua-dua pihak juga mula melakukan perang poster dengan meletakkan gambar calon dan bendera parti masing-masing di sekitar kawasan Sungai Kandis dan jalan menuju ke Kampung Jawa dari Shah Alam.

Jika memandu dari Shah Alam ke Kampung Jawa, bendera parti dan gambar calon dilihat dipacak di tepi jalan sebelah kiri manakala BN di sebelah kanan jalan.

Pada PRK kali ini, PKR mempertaruhkan seorang guru agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni manakala Umno meletakkan Datuk Lokman Noor Adam sebagai calon BN.

Lokman terkenal sebagai seorang aktivis reformasi sehingga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998.

Mohd Zawawi yang popular di kalangan penduduk Sungai Kandis pula dilihat begitu yakin dapat membantu partinya mengekalkan kerusi yang disandang Shuhaimi Shafiei sejak tiga penggal lalu.




Sebelum ini kerusi berkenaan dikenali sebagai Seri Muda.

Pada masa sama kepimpinan PKR juga yakin bahawa Mohd Zawawi dapat mengekalkan majoriti 12,480 undi yang dimenangi Shuhaimi pada PRU lalu jika pun tidak mendapat majoriti lebih besar.

Keyakinan itu berasaskan ‘mood’ penduduk, rekod cemerlang PKR di kawasan itu, kepercayaan pengundi terhadap Zawawi serta tiada isu besar yang boleh dimanipulasi pembangkang.

Dari segi kempen pula, Mohd Zawawi turut memberi perhatian terhadap isu setempat dan bukan hanya tertumpu kepada isu nasional semata-mata.

Antaranya kemudahan infrastruktur awam, program kebajikan dan pembangunan modal insan untuk rakyat setempat.

Antara GST, SST

Selain itu, pengetua maahad tahfiz itu juga membangkitkan faktor beliau sebagai anak tempatan untuk menunjukkan bahawa pengundi perlu memilihnya kali ini.

Mohd Zawawi juga yakin akan berlaku ‘perpindahan’ undi penyokong PAS kepada beliau.

Sementara itu bagi Lokman pula, kempennya banyak diwarnai dengan pendekatan mempertikaikan isu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).




Lokman berhujah SST akan mengenakan cukai lebih tinggi berbanding GST bermula 1 September depan.

Beliau juga banyak memainkan isu-isu nasional seperti hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Islam, bahasa Melayu dan raja-raja Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang didakwanya terjejas di bawah kerajaan HARAPAN.

Selain itu, Lokman dilihat sering memainkan isu kerajaan HARAPAN banyak tidak menunaikan janji selepas menang PRU14 lalu.

Justeru katanya rakyat perlu kepada pembangkang yang kuat di Selangor untuk memastikan wujudnya mekanisme semak dan seimbang dalam pentadbiran kerajaan.

Namun begitu Lokman mengakui misi untuk menawan Sungai Kandis adalah sukar, namun tetap yakin menang akan diperolehinya walaupun tipis.

Congakan Lokman itu ialah andainya BN berjaya menarik 80 peratus undi PAS dan 17 peratus penyokong HARAPAN. Dalam keadaan begitu Lokman yakin akan merampas kerusi Sungai Kandis dengan kelebihan 135 undi.

Seorang calon Bebas, K Murthy, pula dipercayai berkempen secara senyap.

Kesenyapan itu begitu ketara kerana setakat ini pihak media sendiri tidak mengetahui pergerakan mahupun melihat kelibatnya di kawasan Sungai Kandis.

Dalam keadaan begiu hanya parti yang mempunyai strategi perang paling bijak pada pusingan kedua kempen minggu depan saja akan dinobatkan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis yang baru pada malam 4 Ogos ini.


Kerajaan bentang RUU mansuh GST, laksana SST

 
Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah turut membentangkan RUU pemansuhan GST, RUU Kastam dan Zon Bebas (Pindaan) 2018.


Bacaan kali ke-2 dan perbahasan RUU SST dan 3 RUU lain dijangka berlangsung 7 Ogos ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 (SST) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ia dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah bersama 3 RUU lain, iaitu RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018, RUU Kastam (Pindaan) 2018 serta RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.

Mengikut prosedur, RUU GST perlu dimansuhkan terlebih dahulu, sebelum RUU percukaian baru dibentang dalam Dewan Rakyat.

RUU Kastam (Pindaan) 2018 dibentangkan kerana Jabatan Kastam akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas prosedur kutipan cukai itu.

Bacaan kali ke-2 dan perbahasan semua RUU itu dijangka berlangsung 7 Ogos ini.

Pakatan Harapan berjanji menghapuskan GST yang diperkenalkan pada 1 April 2015 menerusi manifesto pilihan raya umum ke-14 dan Kementerian Kewangan menurunkan kadar GST kepada 0% mulai 1 Jun lalu.

Kerajaan mencadangkan cukai jualan pada kadar 5% dan 10% ke atas barangan terpilih, manakala 6% untuk cukai perkhidmatan bagi menggantikan 6% GST mulai 1 September nanti.

Kabinet bincang isu pengambilan pekerja Nepal Jumaat ini

MALAYSIAKINI

   

PARLIMEN l Jemaah Menteri akan membincangkan isu mengenai pengambilan pekerja asing dari Nepal pada Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran.

Beliau berkata antara isu utama yang akan dibincangkan termasuklah peranan sebuah syarikat tempatan yang dikaitkan dengan urusan pengambilan pekerja asing dari negara itu.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada sesi Waktu Petanyaan-Pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat, hari ini, beliau berkata yang menjadi isu adalah penyumberluaran yang dilakukan syarikat berkenaan.

Kula Segaran berkata perkara itu akan diperhalusi dan tindakan perlu diambil jika berlaku sebarang penyelewengan.

Beliau menjawab soalan Ismail yang ingin tahu sama ada penarikan balik kelulusan melanjutkan pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk tahun ke-11 oleh kerajaan baru-baru ini menyebabkan kerajaan Nepal tidak berminat menghantar rakyatnya bekerja di Malaysia.- Bernama


Belum ada tindakan ke atas premis catat kekerapan kes HFMD

MALAYSIAKINI

   

PARLIMEN l Premis penjagaan kanak-kanak yang mencatat kekerapan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) luar biasa boleh diambil tindakan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pihak kementerian akan memantau perkembangan kes berkenaan dan berbincang mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.

“Pastinya wabak seperti ini perlu dicatat dengan baik, dan taska atau premis seperti ini andainya berlaku kekerapan luar biasa perlu diambil tindakan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berhubung tindakan kerajaan terhadap premis penjagaan kanak-kanak seperti taska yang mencatat statistik kes HFMD yang tinggi.

Dzulkefly bagaimanapun berkata sehingga kini belum ada tindakan yang diambil terhadap mana-mana premis atas isu sedemikian.- Bernama