Sabtu, 16 Jun 2018

Semakan kehakiman kes Taman Rimba Kiara ditangguh sehingga September

Semakan kehakiman kes Taman Rimba Kiara ditangguh sehingga September
Pendengaran semakan kehakiman kes Taman Rimba Kiara ditangguh sehingga September susulan affidavit baharu yang difailkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada saat-saat akhir, kata penyelaras jawatankuasa kumpulan Save Taman Rimba Kiara, Leon Koay. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
PENDENGARAN semakan kehakiman kes Taman Rimba Kiara ditangguh sehingga September susulan affidavit baharu yang difailkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada saat-saat akhir, kata penyelaras jawatankuasa kumpulan Save Taman Rimba Kiara (TRK), Leon Koay.

Dia berkata peguam yang mewakili kumpulan itu meminta penangguhan tersebut kerana perlu masa untuk meneliti affidavit daripada DBKL.

“Semua affidavit difailkan dan pendengaran ditetapkan pada 13 Jun. Namun pada 5 Jun DBKL memfailkan lagi affidavit berkaitan isu trafik.

“Peguam kami perlu masa untuk bersedia, maka kami minta penangguhan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kumpulan itu menentang pembangunan di TRK dan mengheret pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd serta DBKL ke mahkamah.

Semakan kehakiman itu bagi mendapatkan perintah agar pembangunan itu dihentikan.

Tiada ulasan: