Rabu, 20 Jun 2018

Menteri tiada masalah debat presiden Umno di TV

MALAYSIAKINI

   
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata beliau tiada masalah jika debat presiden Umno, jika menjadi kenyataan, disiarkan di stesen TV kerajaan.

Ini susulan cabaran debat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah terhadap penyandang Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin, pencabarnya bagi jawatan nombor satu dalam pemilihan Umno hujung bulan ini.

“Tak ada masalah. Semalam masa ke udara, Ku Li cabar Zahid dan Khairy untuk berdebat. Terpulang kepada mereka untuk terima.

“Kalau platform diperlukan, saya akan bawa ke perhatian RTM,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Setakat ini Khairy sudah menyatakan kesediaannya menyahut cabaran Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li.

Sepanjang era 60 tahun kerajaan BN sebelum ini, pembangkang sukar sekali mendapat liputan positif di media kerajaan dan arus perdana.

Tiada ulasan: