Isnin, 18 Jun 2018

Akar umbi sokong penuh Khairy tanding jawatan Presiden UMNO

ainulillia


Ramai mahu lihat pemuda pimpin parti keramat Melayu

Hasil carian imej untuk khairy jamaluddin foto


KANGAR – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar, Hamizan Hassan berkata, keputusan Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan presiden parti bertepatan dengan suara dan kehendak akar umbi.

Beliau berkata, akar umbi mahu melihat Ketua Pemuda UMNO itu memimpin parti keramat orang Melayu.

“Pada pilihan raya baru-baru ini kita dapat lihat orang muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dan ini masanya untuk kita kembali mendapatkan sokongan golongan ini.

“Untuk hasrat Khairy bertanding jawatan Presiden, lebih kurang 60 bahagian menyokong langkah Khairy itu,” katanya seperti dilaporkan akhbar tempatan, hari ini.

Beliau berkata, dalam keadaan UMNO sekarang, parti bukan sahaja memerlukan sokongan ahli sebaliknya kehendak rakyat yang rata-rata menyokong Khairy.

“Seiring dengan suasana Malaysia baharu, seluruh barisan pemuda juga mahu melihat UMNO berwajah baharu dengan menampilkan calon paling sesuai untuk membawa perubahan yang mana sudah tentunya calon itu ialah Khairy,” katanya.

Semalam, Khairy mengumumkan bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu, pada 30 Jun ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan blogger, Rahmat Azim Abdul Aziz turut mengesahkan bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

Tiada ulasan: