Sabtu, 26 Mei 2018

Umie nasihat Johan berdiam lebih baik

 
Umie nasihat Johan berdiam lebih baik



Pelakon Datin Seri Umie Aida dilihat mengkritik Johan As’ari selepas aktor filem Juvana itu mencadangkan rumah Perdana Menteri diperiksa.

Isteri Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berpendapat apa yang diucapkan menggambarkan akal individu.

“Berdiam itu lebih baik daripada bercakap… bila bercakap nampak tahap pemikiran seseorang itu. Sedih!” kata pelakon Dukun di Twitter pada Rabu.




Terdahulu, Johan menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad apabila meminta polis memeriksa kediaman pemimpin negara itu yang dipercayai mengandungi banyak wang.

Kenyataan anak kepada bekas setiausaha politik menteri kerja raya, Datuk As’ari Ibrahim di Twitter itu bagaimanapun mengundang cemuhan netizen.

“Cuba periksa rumah Tun, mesti banyak juga duit,” kata Johan sehari selepas serbuan besar-besaran di premis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Johan kemudiannya meminta maaf semalam ekoran kecaman daripada rata-rata pengguna media sosial itu.

Pada awal pagi 18 Mei lalu, sejumlah 284 kotak berisi beg tangan berjenama mahal dan 72 beg mengandungi wang tunai dan barangan berharga dirampas polis.

Setakat semalam, anggota polis dengan bantuan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) mengira sebanyak 35 beg wang tunai yang keseluruhannya mencecah lebih RM110 juta.

Tiada ulasan: