Jumaat, 11 Mei 2018

Tiga nama calon MB diserah kepada Sultan Johor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor memberi tiga nama kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai calon Menteri Besar yang baru untuk mengetuai kerajaan negeri.
 
Antara nama yang dipertimbangkan untuk jawatan Menteri Besar adalah ADUN Simpang Jeram Salahudin Ayub, ADUN Kempas Osman Sapian dan ADUN Parit Yani, Aminulhuda Hassan.
 
Salahudin merupakan Timbalan Presiden Amanah Aminolhuda pula Pengerusi Amanah Johor manakala Osman pula Setiausaha PPBM negeri.
 
Senarai nama tersebut dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini oleh Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
Pada pagi tadi Muhyiddin dilihat memasuki perkarangan istana pada pukul 11.48 pagi.
 
 

Tiada ulasan: