Rabu, 16 Mei 2018

Switzerland mahu bincang siasatan 1MDB

 
Pejabat peguam negara Swiss berkata ia 'sangat berminat untuk memulakan perbincangan baharu dengan pihak berkuasa yang kompeten di Malaysia'. 





ZURICH: Pendakwaraya persekutuan Switzerland mahu berbincang dengan rakan sejawat di Malaysia tentang bagaimana untuk meneruskan siasatan ke atas korupsi yang disyaki berlaku sekitar 1MDB, kata pejabat peguam negara Swiss hari ini.

“Selepas perkembangan terkini di Malaysia, pejabat peguam negara Switzerland (OAG) sangat berminat memulakan perbincangan baharu dengan pihak berkuasa yang kompeten di Malaysia.

“Demi mewujudkan satu bentuk kerjasama yang cekap dan memastikan penyelasaran yang baik dalam siasatan jenayah, OAG menyokong pertukaran antara rakan pihak berkuasa seawal mungkin,” kata jurucakap OAG melalui emel.

Perdana menteri baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengangkat sumpah pada Khamis, berikrar akan memulakan siasatan terhadap skandal 1MDB dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membantu atau mendapat manfaat daripada korupsi di syarikat itu.

“Di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Amerika Syarikat dan Switzerland, sedang menyiasat dakwaan AS$4.5 bilion disalurkan dari 1MDB.”

Tiada ulasan: