Jumaat, 18 Mei 2018

SPRM tiba di banglo Najib

Kow Gah Chie
 
Anggota SPRM sedang berada di banglo bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.


Lapan anggota itu tiba dalam dua kereta berasingan pada kira-kira jam 4 petang tadi.

Sesetengah mereka dilihat memakai jaket berwarna hitam sambil membawa 'briefcase'.

Semalam polis merampas wang tunai, barangan kemas dan beg tangan berjenama mewah daripada sebuah kondominium yang dikaitkan dengan Najib.

Bloomberg melaporkan bahawa SPRM sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh bekas perdana menteri itu.

LIHAT VIDEO DI SINI



Tiada ulasan: