Isnin, 14 Mei 2018

SPRM dikawal ketat, elak ‘dokumen rahsia’ dibawa keluar

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Kawalan keselamatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Presint 7, di sini diperketatkan hari ini.

Tinjauan media di bangunan itu pagi tadi mendapati setiap kenderaan yang keluar masuk ke bangunan itu diperiksa secara rapi oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Anggota Rela turut memeriksa bahagian but setiap kenderaan sebelum dibenarkan keluar dari bangunan itu.

Menurut sumber, prosedur tersebut dijalankan atas arahan pengurusan atasan SPRM bagi memastikan tiada dokumen rahsia dibawa keluar tanpa kebenaran yang sah.

Tiada ulasan: