Isnin, 14 Mei 2018

Shahrir Samad letak jawatan pengerusi Felda

 
Shahrir berkata, beliau dilantik sebagai pengerusi Felda oleh kerajaan sebelum ini dan adalah wajar beliau melepaskan jawatan dalam institusi yang diterajui kerajaan baharu. 


Shahrir berkata, surat peletakan jawatannya dihantar kepada Dr Mahathir Mohamad hari ini.


KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi Felda berkuat kuasa hari ini.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, surat peletakan jawatannya dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Memandangkan saya dilantik sebagai pengerusi Felda oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan dalam institusi yang diterajui kerajaan baharu,” katanya.

Shahrir dilantik menjadi Pengerusi Felda pada 6 Januari 2017 menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad yang dilantik sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Shahrir yang bertanding pada pilihan raya umum ke-14 gagal mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru apabila ditewaskan Akmal Nasrullah Mohd Nasir daripada PKR dengan majoriti 19,782 undi.

Tiada ulasan: