Isnin, 14 Mei 2018

Saham FGV melonjak atas jangkaan pembersihan korporat

 
Hari ini, FGV diniagakan lebih tinggi 14.3% pada RM1.84, melebihi indeks penanda aras yang meningkat 1.1% pada 3.30 petang tadi. 


Dakwaan rasuah dan pengurusan syarikat yang lemah dalam FGV menyebabkan harga saham merosot sejak beberapa tahun lalu.


KUALA LUMPUR: Saham pengeluar minyak sawit Malaysia, Felda Global Ventures Bhd (FGV) melonjak sebanyak 24% hari ini atas jangkaan pembersihan korporat akan merangsang nilanya, susulan pilihan raya umum Rabu lalu.

Saham FGV merudum sejak tawaran awam permulaan sebanyak AS$3 bilion (RM11.87 bilion) pada RM5.39 sesaham pada 2012.

Hari ini, FGV diniagakan lebih tinggi 14.3% pada RM1.84, melebihi indeks penanda aras yang meningkat 1.1% pada 3.30 petang tadi.

Tuduhan rasuah dan pengurusan syarikat yang lemah dalam FGV menyebabkan harga saham merosot sejak beberapa tahun lalu, tetapi pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri memberi harapan pembersihan akan dilakukan ke atas FGV.

“Kami berpendapat semakan semula ke atas Felda merupakan petanda baik buat FGV yang mengalami tekanan jualan baru-baru ini, yang kami percaya disebabkan kebimbangan terhadap potensi suntikan aset Indonesia,” kata Ivy Ng, ketua penyelidikan perladangan serantau di Bank CIMB Investment.

Kerajaan baru berjanji akan membersihkan tadbir urus dan operasi entiti berkaitan kerajaan itu, termasuk agensi perladangan negara, Felda yang merupakan pemegang saham terbesar FGV.

FGV bercadang mengambil alih beberapa ladang kelapa sawit Indonesia yang dikawal Martua Sitorus dan Peter Sondakh, 2 lelaki terkaya di Indonesia, sebagai pertukaran kepada sejumlah saham yang banyak dalam syarikat itu.

Bagaimanapun, perjanjian itu ditangguh tahun lalu, selepas pertikaian dalam kalangan ahli lembaga pengarah dan dakwaan rasuah dalam FGV yang membawa kepada pegawai eksekutif mereka digantung dan pengerusinya meletak jawatan pada Jun, sumber memberitahu Reuters.

Tiada ulasan: