Ahad, 27 Mei 2018

Sah GST sifar 1 Jun ini, kata ketua pengarah kastam

MALAYSIAKINI

   
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan pada kadar sifar peratus berkuatkuasa 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara, kata kata Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subramaniam Tholasy.

"Kerajaan telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar standard 6 peratus akan dikenakan GST pada kadar sifar peratus berkuatkuasa 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

"Semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini. Peniaga-peniaga dikehendaki manyalurkan penjimatan daripada kadar standard 6 peratus kepada kadar sifar peratus kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih rendah," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Subramaniam juga berkata kerajaan tidak melaksanakan SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) bermula pada 1 Jun 2018 dan tarikh sebenar pelaksanaan cukai itu akan diumumkan kemudian.




"Kerajaan juga tidak melaksanakan SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) bermula pada 1 Jun 2018 dan tarikh sebenar pelaksanaan SST akan diumumkan kemudian.

"Oleh yang demikian, semua peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan..." kata kenyataan itu lagi.

Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam manifesto PRU14 berjanji akan memansuhkan GST.

Sebelum ini, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz menegaskan pemansuhan GST adalah muktamad dan keputusan itu tidak akan dikaji semula

Zeti merupakan salah seorang daripada lima anggota Majlis Penasihat yang dilantik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mahathir.

Tiada ulasan: