Sabtu, 12 Mei 2018

Sabah mungkin dapat KM baru malam ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Rakyat Sabah bakal mendapat Ketua Menteri yang baru malam ini selepas pihak Istana menitahkan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk mengadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada pukul 9 malam.
 
Mohd. Shafie ketika ditemui tidak menafikan perkara tersebut, sebaliknya hanya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong.
 
“Saya tidak pakai pakaian rasmi, tapi apapun terima kasih kepada semua yang menyokong. Saya mahu hadir dalam satu mesyuarat sahaja,” katanya ketika keluar meninggalkan kediamannya di sini hari ini.
 
Sementara itu, Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking berkata, Mohd. Shafie dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu pada pukul 9 malam ini.
 
“Apa yang dilakukan sekarang adalah berdasarkan undang-undang dan Barisan Nasional (BN) telah hilang majoriti. 
 
“Kami minta Pengerusi BN, Tan Sri Musa Aman untuk menghormati undang-undang ini,” katanya di sini hari ini.
 
Semalam, Mohd Shafie mengesahkan parti itu bersama PKR dan DAP memiliki 35 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
 
Ia susulan enam ADUN BN menyertai WARISAN dan menandatangani deklarasi menyokong Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri.
 
 

Tiada ulasan: