Selasa, 29 Mei 2018

Polis tahan 3 mat rempit isu bunuh Taman Melati

Kumara Sabapatty
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (tengah) menyaksikan Bekas Ketua Polis Daerah Cheras, Tuan Abdul Ghani Mohamad Ji (kiri) dan Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Tuan Kamal Khan Mohd Shariff (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 MEI 2018
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (tengah) menyaksikan Bekas Ketua Polis Daerah Cheras, Tuan Abdul Ghani Mohamad Ji (kiri) dan Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Tuan Kamal Khan Mohd Shariff (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM,
 

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan tiga daripada tujuh suspek mat rempit yang dikehendaki dalam kes kematian seorang remaja kumpulan mat rempit di Taman Melati pada 20 Mei lalu.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ketiga-tiga suspek itu berjaya ditahan di Pantai Dalam pada Jumaat lalu.
 
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan tujuh suspek diburu. Tiga sudah ditangkap dan empat lagi masih diburu.
 
“Kertas siasatan kita akan menyerahkan kepada pendakwaraya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditanya pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.
 
Tambah Mazlan, pada awalnya polis telah menahan seramai 17 remaja berusia 14 hingga 20 tahun dalam kejadian merusuh melibatkan dua kumpulan bermotosikal sehingga menyebabkan kematian.
 
Katanya, pergaduhan itu susulan daripada kejadian pukul di Taman Tasik Titiwangsa minggu lepas di mana kumpulan mangsa dihampiri sekumpulan yang bising dengan memulas ‘throttle’ motosikal sehingga menyebabkan perselisihan faham antara kedua-dua pihak.
 
Kesemua mereka ditahan dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 302 kerana membunuh.
 
“Kedua-dua kumpulan itu berjumpa dua kali untuk menyelesaikan isu tetapi gagal sebelum kali ketiga mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan kematian.
 
“Dimana kumpulan Pantai Dalam ini terserempak dengan simati yang sedang tolak motor sebab kunci motornya diambil orang lain semasa kejadian itu.
 
“Maka mereka terus pukul mangsa menggunakan helmet dan peralatan pengunci motosikal menyebabkan mangsa lukas serius setelah berlaku pendarahan di kepala sebelum meninggal dunia.
 
“Bedah siasat menunjukkan simati mengalami pendarahan di kepala menyebaban kematian,” tegas beliau.- MalaysiaGazette
 
 

Tiada ulasan: