Rabu, 16 Mei 2018

Polis periksa kenderaan keluar bangunan MCMC

THE MALAYSIAN TIMES
 


CYBERJAYA: Polis hari ini melaksanakan pemeriksaan terhadap semua kenderaan yang keluar dari bangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini.

Difahamkan pemeriksaan polis itu yang bermula sekitar 12 tengah hari, dibuat bagi memastikan tidak ada dokumen dibawa keluar dari premis berkenaan.

Seorang petugas MCMC berkata pemeriksaan itu melibatkan semua kenderaan warga kerja dan pelawat yang keluar dari bangunan tersebut.

“Setakat ini tidak dengar ada sebarang serbuan dalam bangunan MCMC,” kata petugas itu.

Sementara itu, sumber polis dari Balai Polis Cyberjaya mengesahkan mereka melakukan pemeriksaan tersebut.

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan sebab pemeriksaan dijalankan.– Bernama

Tiada ulasan: