Jumaat, 18 Mei 2018

Mat Sabu kini mempunyai akaun Twitter

Pritha Manivannan, Astro Awani
Mat Sabu kini mempunyai akaun Twitter
Mohamad Sabu memuat naik entri pertamanya sekitar jam 10.30 malam tadi. - Twitter/@MohamadSabu_
 

KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu, yang bakal diangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, kini mempunyai akaun rasmi Twitter.

Menggunakan tweethandle @MohamadSabu_ dibawah nama MAT SABU, akaun itu kini mempunyai sekitar 6,000 pengikut.

Mohamad Sabu memuat naik entri pertamanya sekitar jam 10.30 malam tadi.

Dalam entri tersebut, beliau berkata akaun ini akan memudahkannya mendekati rakyat.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokongnya dengan menggunakan hashtag #MajukanMalaysia.

Setakat jam 11.58 malam, tweet tersebut mendapat 1,800 like, lebih 2,400 retweet dan lebih 215 komen.

Kebanyakkan netizen mengucapkan selamat datang ke Twitter manakala ada antara mereka yang mendesak Mohammad Sabu untuk mengesahkan akaun tersebut

Tiada ulasan: