Jumaat, 11 Mei 2018

Majlis Tertinggi PH bincang bentuk Kabinet

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba di Yayasan Al-Bukhary di sini bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) kira-kira 9.35 pagi tadi.
 
Menyusul tiba, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
 
Yang turut hadir, Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Organisasi Nasional DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
 
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir kerana difahamkan kini menghadap Sultan Johor bagi pelantikan Menteri Besar Johor.
 
 
 

Tiada ulasan: