Selasa, 29 Mei 2018

Luluskan projek kepada syarikat belum wujud, AKSB lapor di SPRM



Luluskan projek kepada syarikat belum wujud, AKSB lapor  di SPRM



Air Kelantan Sdn. Bhd. didakwa menganugerahkan satu projek kepada syarikat yang belum wujud, tidak berdaftar dan tidak memasuki tender.

Demikian kandungan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysa (SPRM) oleh Pemuda AMANAH Kelantan.

Penagarah Mobilisasinya Mohd Afiq Ayob (gambar tengah) menyerahkan laporan itu pagi tadi berkata pihaknya percaya terdapat suatu kecacatan dan ketidaktelusan atau unsur rasuah dalam penganugerah tender tersebut.

“Kami mendapat maklumat terdapat satu projek yang dinamakan sebagai projek merekabentuk, membina, menyiapkan, menguji lari, mentauliahkan kerja-kerja mekanikal serta kerja-kerja berkaitan yang dikeluarkan oleh AKSB kepada CDAH Construction Jangka Prestasi JV Sdn. Bhd.

“Syarikat berkenaan didapati belum wujud ketika kelulusan berkenaan projek berkenaan dibuat,” katanya.

Kes ini pernah menjadi kontroversi beberapa bulan lepas apabila perkara ini ditimbulkan bekas Adun Salor Husam Musa di Dun Kelantan.
 
Meskipun pihak Exco cuba memberi penjelasan namun banyak pihak berpandangan kes ini perlukan siasatan pihak berwajib.

Tiada ulasan: