Jumaat, 18 Mei 2018

Lantikan Mohd Shukri tidak mematuhi manifesto PH, dakwa Exco Pas



Lantikan Mohd Shukri tidak mematuhi manifesto PH, dakwa Exco Pas

Pelantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat tidak mematuhi manifesto Pakatan Harapan yang mahu pengisian jawatan itu diputuskan di Parlimen.

Exco Pemuda Pas, dipetik berkata, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, ini memandangkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) parti pemerintah itu sendiri mahu sesiapa yang bakal dilantik dalam jawatan tersebut ditapis terlebih dahulu di peringkat Parlimen.

Beliau memandang berat perkara itu kerana Pakatan Harapan telah menyatakan komitmen untuk menambah baik SPRM serta memperkasakan tindakan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Malangnya, pelantikan itu dibuat tanpa dibawa ke Parlimen. Sebaliknya hanya dimaklumkan kepada media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengesahkan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM diisi oleh Mohd. Shukri ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad

Tiada ulasan: