Khamis, 24 Mei 2018

Arul Kanda boleh saman, kata Guan Eng

Kow Gah Chie, Lu Wei Hoong 

   
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhak memulakan tindakan undang-undang terhadapnya. Ini memandangkan Arul Kanda dilaporkan sedang mendapatkan nasihat guaman berhubung kenyataan 'fitnah' Lim.

Bagaimanapun, Lim mengingatkan Arul yang beliau masih kakitangan 1MDB.

"Arul Kanda telah membuat banyak janji. Jadi beliau kata akan saman, kami akan tunggu (saman itu). Saya tidak tahu jika beliau mahu berbuat demikian tetapi beliau bebas melakukannya.

"Saya fikir beliau perlu ingat beliau hanyalah kakitangan 1MDB dan 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh kementerian kewangan," kata Lim memberitahu pemberita pada penghujung sidang akhbarnya di kementerian kewangan di Putrajaya hari ini.

Ditanya jika Lim akan memecat Arul Kanda, beliau meminta pemberita menunggu sebarang perkembangan lanjut.




Awalnya, Lim sedang mengakhiri sidang akhbar selama 20 minit dan berkata, "terima kasih."

Tetapi ketika wartawan memintanya mengulas kenyataan Arul Kanda, beliau kembali ke podium bagi sambil berseloroh berkata,"soalan terakhir untuk Arul Kanda. Permintaan popular."

Semalam, Lim menyelar Arul Kanda kerana "tidak jujur dan tidak boleh dipercayai" selepas bertemu Arul Kanda bagi membincangkan keadaan kewangan 1MDB.

"Saya telah mengarahkan penasihat undang-undang Kementerian Kewangan untuk menyemak semula kedudukannya sebagai presiden 1MDB,” katanya.

Bagaimanapun, Arul Kanda berkata kenyataan Lim itu sebagai "tidak adil."

Tiada ulasan: