Ahad, 13 Mei 2018

Anwar gesa pimpinan PKR beri sokongan padu pada Dr Mahathir

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa pimpinan PKR untuk memberi sokongan padu kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad demi menyempurnakan mandat yang diberikan rakyat pada PRU14, Rabu lalu.
 
Anwar selaku Ketua Umum PKR berkata sudahpun menyampaikan keresahan pimpinan PKR yang mahukan kaedah rundingan yang "lebih merangkumi" bersabit pembentukan jemaah menteri kerajaan PH.
 
"Pandangan tersebut disambut baik oleh Dr Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden PH," kata Anwar susulan perbincangan dengan Dr Mahathir dan beberapa pemimpin PH yang lain, petang semalam.
 
Kelmarin Dr Mahathir mengumumkan pelantikan tiga mentari iaitu Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Tan Sri Muhyiddin Yaasin sebagai Menteri Dalam Negeri.
 
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa pemilihan itu dibuat oleh Dr Mahathir tanpa perbincangan terperinci oleh kepimpinan PH sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini.
 
Dalam kenyataanya Anwar berkata beliau menggariskan sokongan penuh PKR kepada Dr Mahathir.
 
"Saya telah mengulangi sokongan padu PKR kepada Dr Mahathir. Saya juga telah sampaikan keresahan pimpinan yang memohonan agar kaedah rundingan (diadakan secara) lebih merangkumi," katanya.
 
Beliau berkata pandangan tersebut disambut baik oleh Dr Mahathir "namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden PH".
 
Anwar juga berkata beliau memberitahu pimpinan PKR untuk memastikan kerajaan baru di bawah teraju Dr Mahathir selaku perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah selaku timbalan perdana menteri, mantap dan kukuh dalam menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.
 
"Saya menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita," tambah Anwar.
 
 

Tiada ulasan: