Khamis, 17 Mei 2018

Ahli Umno berang selepas polis halang jumpa Najib

Abdul Rahim Abdul Rahman bertanya sama ada bekas perdana menteri itu dikenakan tahanan rumah.

Abdul Rahim Abdul Rahman bercakap dengan pemberita di luar kediaman Najib Razak selepas dihalang masuk.


KUALA LUMPUR: Seorang ahli Umno dari Negeri Sembilan kecewa selepas polis tidak membenarkannya melawat Datuk Seri Najib Razak di rumah bekas perdana menteri itu di Taman Duta, walaupun beliau mempunyai temu janji tengah hari ini.
https://www.youtube.com/watch?v=w-nLrDE0h2k
“Mengapa saya dihalang masuk? Apa jenis kerajaan hari ini?” kata Abdul Rahim Abdul Rahman, yang mewakili kelab peminat perdana menteri yang dikenali sebagai Kelab Sahabat Datuk Najib.

“Polis tak benarkan saya masuk. Adakah dia di bawah tahanan rumah?” soalnya ketika dihampiri pemberita yang “berkampung” di luar kediaman Najib sejak gabungannya kalah pada pilihan raya, 9 Mei lalu.

Kenderaan polis kelihatan keluar dan masuk dari banglo di Jalan Langgak Duta itu. Malam tadi, mereka mengambil barangan peribadi dari kediaman tersebut, termasuk beg tangan, dipercayai menjadi sebahagian bahan penyiasatan bagi tuduhan pengubahan wang haram.

Rahim berkata beliau dan Najib berkawan selama bertahun-tahun, dan beliau mahu berjumpa dengannya.

Beliau juga mempersoalkan pihak berkuasa yang menyiasat Najib.

“Adakah ini negara komunis?” katanya sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Peguam sahkan rampas beg tangan, geledah kondo Najib

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: