Jumaat, 11 Mei 2018

ADUN Bukit Katil KM baru Melaka

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
AYER KEROH: ADUN Bukit Katil, Adly Zahari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.
 
Surat pengisytiharan watikah pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baru itu dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Roslan Ibrahim.
 
Adly, 47, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, menggantikan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dari Barisan Nasional (BN).
 
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Rabu lalu, Adly yang juga lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang kejuruteraan elektrik menewaskan dua pencabarnya, Datuk Yunus Hitam dari BN dan Muhamat Bedol dari PAS dengan majoriti 3,159 undi.
 
PH memperoleh majoriti mudah selepas menguasai 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.
 
 

Tiada ulasan: