Jumaat, 11 Mei 2018

5 ADUN BN Sabah sertai Warisan?

Tan Su Lin, Astro Awani
5 ADUN BN Sabah sertai Warisan?
Lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sabah dipercayai menyertai Parti Warisan Sabah untuk membentuk kerajaan negeri dengan 34 kerusi. - Gambar Astro AWANI
 
 
KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sabah dipercayai menyertai Parti Warisan Sabah untuk membentuk kerajaan negeri.

Sejumlah 34 kerusi diperlukan untuk membentuk sebuah kerajaan negeri.
 
Kelima-lima ADUN berkenaan ialah Datuk Abdul Muis Picho (ADUN Sebatik), Datuk Hamisa Samat (ADUN Tanjong Batu), Datuk Bobbey Suan (ADUN Nabawan), Datuk Abidin Madingkir (ADUN Paginatan) dan Ewon Benedick (ADUN Kadamaian).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, gabungan Warisan-PKR-DAP berjaya memenangi 29 kerusi berbanding gabungan BN-STAR yang memperoleh 31 kerusi.

Tindakan keluar parti oleh lima ADUN BN ini menjadikan gabungan BN-STAR kini tinggal hanya 26 kerusi.

Sekitar jam 4 petang tadi, tinjauan Astro AWANI di perkarangan Istana Negeri menunjukkan beberapa buah kenderaan-kenderaan yang dipercayai membawa Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta lima ADUN berkenaan untuk menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin

Begitupun, masih belum diketahui sebab sebenar tujuan kunjungan itu. 
 
 

Tiada ulasan: