Rabu, 16 Mei 2018

10 Exco Johor angkat sumpah

ASTRO AWANI

10 Exco Johor angkat sumpah
Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor bergambar bersama anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah hari ini. Astro AWANI
 
 
JOHOR BAHRU: Seramai 10 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) hari ini mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Bilik Singgahsana, Istana Besar  Johor, pagi tadi.

Berangkat sama pada Majlis Istiadat Mengisytiharkan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta anakanda baginda yang lain.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.

Menurut kenyataan pada laman Facebook rasmi Sultan Johor di sini hari ini, majlis yang bermula pada 10.30 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Johor Datuk Mohd Tahrir Kiyai Samsudin.

Pada majlis itu, 10 Exco yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), DzulkeflyAhmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).

Selain itu, Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong), Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Hong Pin (Skudai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).

Pada Sabtu lepas, Osman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini.

Berikut adalah senarai tugas portfolio Exco Negeri Johor:

   1.  Datuk Osman Sapian  - Menteri Besar Johor, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan , Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor

   2.  Aminolhuda Hassan  - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan

   3.  Dzulkefly Ahmad - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar

   4.  Tan Hong Pin - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi

   5.  Dr S Ramakrishnan - Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan

   6.  Mazlan Bujang - Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Pengangkutan

   7.  Jimmy Puah Wee Tse - Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Utiliti

   8.  Liow Cai Tung - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan

   9.  Mohd Khuzzan Abu Bakar - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan

  10.  Dr Sahruddin Jamal - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian

  11.  Sheikh Umar Bagharib Ali - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif  -- BERNAMA

Tiada ulasan: